Followers

Friday, November 14, 2014

Apa yang keluar dari mulutnya tak pernah ke arah membina!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiu027BWmCaAZu6ZYORLuAFMR7ohkc70wv2hJCAXoi2dsibSLf00BQFCy-Lbjv38sFmKs6jP4Xce_OJCdwVDrdG5fRUzbsm_W2H3Ah2suBYN5-fbCKUk5ckvEM0GG0iZn9GGD1L5qY0UVJa/s1600/image+(2).jpg
MP Ni Bangang Ker Apa?

Lagi mengeruhkan keadaan tu adalah...... Yang dipertikai tu, kehadiran tu satu hal Dan satu hal lagi kerap guna kuasa ubah keputusan yang dipersetujui.

Inilah yang parahnya Kesian pada pengundinya di Pasir Mas, MPnya tak reti bahasa Bila Dewan Rakyat berbahas perkara-perkara ekonomi dan teknikal, dia jadi bisu Kat luar bukan main naik ekor Buat malu bapak dia jer......

Dari segi niat, Malaikat pun tak tahu niat di hati seseorang!

Ada betulnya pandangan blogger WFAUZDIN ini Desakan DAP ada niat lain, dakwa Nik Abduh NIZAM ZAIN

13 November 2014 KUALA LUMPUR.

Desakan DAP yang berulang-ulang terhadap kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan PR dilihat seolah-olah mempunyai niat lain.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ketidakhadiran bosnya itu dalam beberapa mesyuarat lalu mempunyai sebab tertentu dan tidak boleh dielakkan.

"Isu kehadiran mesyuarat itu semua orang tahu, kewajipan hadir, tidak hadir itu mesti ada sebab, jadi bila desak-desak itu, saya fikir sudah lain (niat)," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memberi jaminan isu kehadiran itu akan dibincangkan oleh pimpinan PR dan perkara lalu tidak wajar diulang dan diungkit.

"Saya fikir pihak pimpinan PR akan bincang benda ini, yang lepas itu, lepaslah," katanya lagi.


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.