Followers

Saturday, November 22, 2014

ADUN lapor polis cadangan 'lucut kerakyatan'

Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang ADUN di Johor kerana mencadangkan supaya pelajar yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dilucutkan kewarganegaraan mereka.
 
ADUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong membuat laporan itun di Ibu Pejabat Polis Nusajaya hari ini.
 
Yeo berkata ucapan yang dibuat oleh ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh mempunyai "unsur-unsur hasutan".
 
"Ucapan Dr shahrudin telah mempertikaikan hak kerakyatan semua pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan, tidak mengira bangsa," katanya seperti yang dilihat dalam laporan polis tersebut. 
 
The ADUN DAP berharap polis menyiasat perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Shahruddin.
 
Menurut draf verbatim Dewan Undangan Negeri Johor semalam, Shahruddin telah bertanya adakah kerajaan bercadang untuk menjalankan satu peperiksaan khas untuk pelajar yang gagal di peringkat sekolah.

"Dan kalau gagal dalam bahasa kebangsaan ini, mereka dilucutkan kerakyatannya," kata Shahruddin.
 
Shahruddin berkata, ramai pelajar tidak dapat menguasai bahasa tersebut termasuk di kalangan orang Melayu.

Malaysiakini. Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang ADUN di Johor kerana mencadangkan supaya pelajar yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dilucutkan kewarganegaraan mereka.

ADUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong membuat laporan itun di Ibu Pejabat Polis Nusajaya hari ini.

Yeo berkata ucapan yang dibuat oleh ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh mempunyai "unsur-unsur hasutan".

"Ucapan Dr shahrudin telah mempertikaikan hak kerakyatan semua pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan, tidak mengira bangsa," katanya seperti yang dilihat dalam laporan polis tersebut. 

The ADUN DAP berharap polis menyiasat perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Shahruddin.

Menurut draf verbatim Dewan Undangan Negeri Johor semalam, Shahruddin telah bertanya adakah kerajaan bercadang untuk menjalankan satu peperiksaan khas untuk pelajar yang gagal di peringkat sekolah.

"Dan kalau gagal dalam bahasa kebangsaan ini, mereka dilucutkan kerakyatannya," kata Shahruddin.
Shahruddin berkata, ramai pelajar tidak dapat menguasai bahasa tersebut termasuk di kalangan orang Melayu.

Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.