APABILA aku banyak memuji PasMa di dalam blog dan FB aku, ada pihak yang menuduh aku mencampuri urusan PAS.
Ternyata mereka jauh tersasar kerana bagi aku PAS tetap aku sokong sepenuh hati sejak berpuluh tahun dulu bahkan sebelum aku sertai KEADILAN lagi aku amat menyenangi perjuangan PAS.
Mana mungkin aku mahu rosakkan PAS dengan hanya menyokong PasMa? Tidak masuk akal samasekali. Aku sokong PasMa atas beberapa prinsip dan faktor;
1. PasMa adalah pertubuhan NGO yang sah dan berdaftar.
2. PasMa dipimpin oleh ahli PAS yang juga orang lama dan terkenal di dalam PAS.
3. PasMa komited menentang Umno/Bn dan menentang sesiapa atau pihak dari PR yang ingin bersubahat dengan parti zalim ini.
4. PasMa mendukung komitmen PAS di dalam Muktamarnya yang mahu mantapkan kerjasama dengan PR.
5. PasMa bukan parti politik yang boleh dicop sebagai parti dalam parti, sama juga dengan SAMM atau Jingga 13 iaitu pertubuhan yang dipimpin oleh ahli-ahli KEADILAN tetapi bukan dari sayap parti namun komited menentang Umno/Bn.
6. Pemimpin PasMa tidak pernah dipecat mahupun dibuktikan berlawanan dengan dasar Islam sebagai dasar perjuangan PAS.
7. Dasar dan prinsip perjuangan PasMa tidak melanggar mana-mana prinsip di dalam PAS mahupun PR.
8. Hubungan pemimpin PasMa dengan pemimpin PR amat baik di samping mereka juga tetap menjunjung dasar dan prinsip PAS.
9. Sikap tegas dan berani serta terbuka pemimpin PasMa di dalam mengkritik mana-mana pihak hatta pimpinan parti mereka sendiri merupakan satu cara yang diwajibkan di dalam Islam, iaitu menegur mana yang salah dan bersedia pula untuk ditegur.
10. Objektif PasMa yang mahu menjadi benteng seandainya ada pihak-pihak di dalam PAS yang bercita-cita untuk sebantal dengan Umno iaitu golongan "JebUG" (Jebon UG) yang semakin ketara sekarang ini.
Berbeza dengan mereka yang menyokong TSKI dulu. TSKI ketika itu telah dipecat, bukan ahli KEADILAN lagi, tetapi tetap disokong penuh oleh beberapa Adun di Selangor. Kononnya sokongan itu untuk selamatkan Selangor dari Umno/Bn atau untuk mengelakkan dari berlakunya pembubaran Dun.
Awalnya memang lojik, tetapi apabila 30 Adun setuju menyokong Azizah, ertinya tiada lagi majoriti selain dari PR di Dun Selangor, maka alasan untuk terus menyokong TSKI itu sudah tidak releven.
Jika mahu disebut bijak, jauh lebih bijak mereka yang menyokong PasMa kerana pemimpin PasMa bukan Bebas tetapi ahli PAS. Bebas mereka sokong tidak salah, menyokong ahli sendiri satu salah besar?
Us Nasa yang terang-terang menjadi "batman" Najib ke hulu ke hilir mereka tutup mata, tetapi PasMa mereka intip setiap hari?
Sehubungan itu, salahkah aku sokong PasMa yang mana pemimpin mereka ahli PAS? Apakah aku tidak salah jika aku menyokong TSKI yang tiada parti dan katanya bakal menubuhkan NGO baru bernama TASKI?
Jadi, jangan hipokrit kerana sikap itu tidak menggambarkan ciri-ciri Islam. Cukup-cukuplah berdendam. Jangan kerana terlalu kepingin untuk bersama Umno maka sanggup aniaya rakan seperjuangan sendiri.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
Get your own Poll!
Selasa, 11 November 2014 10 SEBAB AKU SOKONG PASMA DAN TIADA SEBAB MAHU
SOKONG "TASKI" APABILA aku banyak memuji PasMa di dalam blog dan FB aku,
ada pihak yang menuduh aku mencampuri urusan PAS. Ternyata mereka jauh
tersasar kerana bagi aku PAS tetap aku sokong sepenuh hati sejak
berpuluh tahun dulu bahkan sebelum aku sertai KEADILAN lagi aku amat
menyenangi perjuangan PAS. Mana mungkin aku mahu rosakkan PAS dengan
hanya menyokong PasMa? Tidak masuk akal samasekali. Aku sokong PasMa
atas beberapa prinsip dan faktor; 1. PasMa adalah pertubuhan NGO yang
sah dan berdaftar. 2. PasMa dipimpin oleh ahli PAS yang juga orang lama
dan terkenal di dalam PAS. 3. PasMa komited menentang Umno/Bn dan
menentang sesiapa atau pihak dari PR yang ingin bersubahat dengan parti
zalim ini. 4. PasMa mendukung komitmen PAS di dalam Muktamarnya yang
mahu mantapkan kerjasama dengan PR. 5. PasMa bukan parti politik yang
boleh dicop sebagai parti dalam parti, sama juga dengan SAMM atau Jingga
13 iaitu pertubuhan yang dipimpin oleh ahli-ahli KEADILAN tetapi bukan
dari sayap parti namun komited menentang Umno/Bn. 6. Pemimpin PasMa
tidak pernah dipecat mahupun dibuktikan berlawanan dengan dasar Islam
sebagai dasar perjuangan PAS. 7. Dasar dan prinsip perjuangan PasMa
tidak melanggar mana-mana prinsip di dalam PAS mahupun PR. 8. Hubungan
pemimpin PasMa dengan pemimpin PR amat baik di samping mereka juga tetap
menjunjung dasar dan prinsip PAS. 9. Sikap tegas dan berani serta
terbuka pemimpin PasMa di dalam mengkritik mana-mana pihak hatta
pimpinan parti mereka sendiri merupakan satu cara yang diwajibkan di
dalam Islam, iaitu menegur mana yang salah dan bersedia pula untuk
ditegur. 10. Objektif PasMa yang mahu menjadi benteng seandainya ada
pihak-pihak di dalam PAS yang bercita-cita untuk sebantal dengan Umno
iaitu golongan "JebUG" (Jebon UG) yang semakin ketara sekarang ini.
Berbeza dengan mereka yang menyokong TSKI dulu. TSKI ketika itu telah
dipecat, bukan ahli KEADILAN lagi, tetapi tetap disokong penuh oleh
beberapa Adun di Selangor. Kononnya sokongan itu untuk selamatkan
Selangor dari Umno/Bn atau untuk mengelakkan dari berlakunya pembubaran
Dun. Awalnya memang lojik, tetapi apabila 30 Adun setuju menyokong
Azizah, ertinya tiada lagi majoriti selain dari PR di Dun Selangor, maka
alasan untuk terus menyokong TSKI itu sudah tidak releven. Jika mahu
disebut bijak, jauh lebih bijak mereka yang menyokong PasMa kerana
pemimpin PasMa bukan Bebas tetapi ahli PAS. Bebas mereka sokong tidak
salah, menyokong ahli sendiri satu salah besar? Us Nasa yang
terang-terang menjadi "batman" Najib ke hulu ke hilir mereka tutup mata,
tetapi PasMa mereka intip setiap hari? Sehubungan itu, salahkah aku
sokong PasMa yang mana pemimpin mereka ahli PAS? Apakah aku tidak salah
jika aku menyokong TSKI yang tiada parti dan katanya bakal menubuhkan
NGO baru bernama TASKI? Jadi, jangan hipokrit kerana sikap itu tidak
menggambarkan ciri-ciri Islam. Cukup-cukuplah berdendam. Jangan kerana
terlalu kepingin untuk bersama Umno maka sanggup aniaya rakan
seperjuangan sendiri. Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:25 PG Make Money at :
http://bit.ly/best_tips Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.