Followers

Sunday, October 19, 2014

YBM Tengku Razaleigh Hamzah: "KELANTAN BERHAK TERIMA ROYALTI MINYAK."


Sebagai anak Kelantan admin ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dikenali sebagai Ku Li, kerana secara konsisten menegaskan bahawa Negeri Kelantan mempunyai petroliam & berhak dibayar Royalti.

Ku Li yang merupakan Pengasas Petronas, bekas Pengerusi Petronas dan mantan Menteri Kewangan (1976-1984) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tuntutan royalti negeri Kelantan semasa menyampaikan Ucaptama di Forum "Trasformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka" anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu pada 16 Oktober 2014.

Ku Li menegaskan bahawa semasa beliau merangka dan menandatangani perjanjian di antara Petronas dan negeri-negeri di Malaysia, ianya tidak menyebutkan had lingkungan kawasan penemuan minyak kepada 3 Batu Nautikal.

Ku Li juga menyatakan "memang ada minyak di Kelantan. Jika Petronas kata minyak yang dijumpai dekat Thailand itu tak termasuk dalam kira-kira bayaran royalti, apakah perairan dekat Siam itu bukan Malaysia punya? Kalau Malaysia punya dan kedudukannya di Utara, mesti Kelantan punya perairan".

Kenyataan ini sekaligus menolak keputusan Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan sehari sebelum Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor (24 September 2014). 

Kementerian Kewangan telah menafikan hak rakyat Kelantan dengan menyatakan bahawa tidak terdapat Minyak di Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Petronas juga tidak terikat dari segi undang-undang untuk membayar royalti 5% kepada negeri-negeri Panti Timur Semenanjung tersebut.

Take Note: UMNO Pengkhianat pada Anak Kelantan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.