Followers

Wednesday, October 1, 2014

YAB Azmin - Saya Akan Kukuhkan Pakatan Rakyat....!!!!

Shah Alam – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.

Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

“Itu kita akan bincang dalam pakatan, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) pada Selasa menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam pakatan rakyat.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang.

Katanya laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat.

“Saya akan tengok laporan penuh mengenainya…saya juga akan bincang dalam mesyuarat Exco negeri esok bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Hujan lebat yang bermula sejak pukul 4 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat.

Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu. – Bernama

Posted by Jeebond BLM Shah Alam – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.

Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

“Itu kita akan bincang dalam pakatan, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) pada Selasa menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam pakatan rakyat.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang.

Katanya laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat.

“Saya akan tengok laporan penuh mengenainya…saya juga akan bincang dalam mesyuarat Exco negeri esok bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Hujan lebat yang bermula sejak pukul 4 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat.

Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu. – Bernama

Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.