Followers

Wednesday, October 29, 2014

UM lancar siasatan, siswa masih selamat

 
Aktivis siswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol yang mengetuai sekumpulan 2,000 pelajar dan penyokong di kampus berkenaan berkata beliau kini masih selamat dari sebarang tindakan disiplin.

“Saya masih selamat buat masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, laporan Bernama menyebut bahawa UM telahpun memulakan satu siasatan dalam ke atas siswa yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

Agensi berita nasional itu juga hari ini melaporkan bahawa UM membuat aduan di balai polis Pantai semalam.

Kumpulan siswa berkenaan merempuh satu pintu pagar di Universiti Malaya pada malam tadi untuk mendengar ucapan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyampaikan pidato di program dengan tema '40 Tahun: Dari UM ke Penjara' pada sekitar jam 10 malam.

Fahmi yang turut mengetuai majlis perwakilan mahasiswa UM pada 23 Oktober lalu dikenakan surat tunjuk sebab kerana enggan membatalkan acara tersebut.

Fahmi berkata beliau masih belum sempat memberi jawapan ke atas surat tunjuk sebab itu dengan memberi alasan bahawa tempoh 24 jam yang ditetapkan itu berlangsung semasa cuti semester.

Universiti itu menuntut agar beliau mengemukakan surat tersebut dengan serahan tangan.

Beliau juga diancam dengan tindakan penyingkiran dari universiti.

Acara pada malam tadi turut mendapat sokongan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang menuntut agar universit menjamin keselamatan program tersebut.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah presiden PKAUM dan pensyarah undang-undang, Azmi Sharom, yang menjadi tumpuan dalam satu perhimpunan berasingan sebelum ini berhubung pendakwaan mengikut Akta Hasutan.

Menurut Azmi, beliau hadir di program itu pada malam tadi sebagai pemerhati.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.