Followers

Friday, October 10, 2014

[TERBONGKAR] Wanita Bersekedudukan Sehingga Lahirkan 5 Orang Anak



.Rahsia terbongkar di Pulau Besar

BANDARAYA MELAKA - Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat sini, kelmarin.

Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.

“Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu, sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah, Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar.

“Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan lanjut.

“Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).



“Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

“Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah oleh Mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga hari lalu mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada kubur-kubur di kawasan tersebut.

ULASAN GB

Mujurlah rahsia tersebut terbongkar. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib mereka, lebih-lebih lagi nasib kelima-lima anaknya yang tiada pengenalan diri dan tidak bersekolah.

Dengan penghantaran anak-anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kita berharap sesuatu dapat dilakukan untuk masa depan anak-anaknya itu.



Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.