Followers

Wednesday, October 15, 2014

Tahukah Anda?? 1MDB Bakal Menjadikan Malaysia Muflis


 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal menjadikan Malaysia muflis jika kantung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kekeringan.

Sebenarnya Malaysia memang telah “muflis” kerana pentadbiran kerajaan barisan nasional ini gemar berhutang sejak 2003.

Ketika mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, kantung negara telahpun kekeringan.

Perdana Menteri kelima itu mengambil langkah meminjam bagi memastikan urus tadbir negara diteruskan.

Malah sejak negara diterjui Abdullah dan Najib, kerajaan hanya membentangkan bajet defisit. Ini telah berlanjutan selama 15 tahun sejak 1999.

Apa yang enggan dijelaskan kerajaan Malaysia ialah hakikat bahawa ketika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan, beliau berjaya membentangkan bajet lebihan selama enam tahun berturut-turut daripada 1993 ke 1998. Kemudian beliau disingkir Tun Mahathir.

Sebelum Anwar menjawat jawatan tersebut, negara membentangkan bajet defisit selama tiga tahun secara berterusan.

Dikemudi Mahathir, Abdullah dan kini Najib Razak, hutang kerajaan telah meningkat daripada RM112 bilion pada 1999 kepada RM484 pada 2012.

Bagaimanapun, hutang hari ini mencecah RM800 bilion, berdasarkan pendedahan tidak sengaja mantan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.