GOMBAK: Kenyataan
media yang dibuat bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar
(MBI), Faekah Husin mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
Penasihat Ekonomi Selangor tidak boleh diambil kira.
Menteri
Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana, keputusan
beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat
terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Siapa Faekah? Dia siapa…tanya dialah.
“Saya
(buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang
dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim…bukan Faekah Husin,” katanya
kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan
Tanah Gombak, di sini, Jumaat.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat
terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang
diduduki Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi
juga ditamatkan.
Faekah
dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan khidmat
Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk
mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat
Penasihat Ekonomi berada di bawah MBI.
KL-TODAY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.