Followers

Tuesday, October 28, 2014

Senjata Terakhir UMNO Adalah Isu "PERKAUMAN"


 
Kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang meletakkan kesalahan terhadap DAP kononnya punca kepercayaan bahawa ‘orang Melayu adalah pendatang’ jelas menunjukkan agenda politik kotor pertubuhan itu yang pro-BN.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pertubuhan itu tidak henti-henti menyalahkan DAP, sedangkan kenyataan tersebut diucap perwakilan Gerakan dalam perhimpunan tahunan parti komponen BN itu di Shah Alam 19 Oktober lalu.

“Apakah jenis manusia atau organisasi ISMA ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang?

“Prinsip tidak bermoral dan tidak beretika ISMA terserlah bila mereka berbohong bahawa DAP yang menyebut orang Melayu pendatang, sedangkan ia disebutkan oleh seorang wakil parti komponen BN, Gerakan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Kata Guan Eng, ISMA kini menjadi ‘pakar’ menukarkan hitam kepada putih dan putih kepada hitam akan terlepas daripada sebarang tindakan sekalipun mengeluarkan ucapan ekstrem yang menggugat ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap golongan bukan Islam,

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hanya beretorik dengan agenda wasatiyah (kesederhanaan), dalam masa sama membisu tanpa sebarang tindakan.

“Adakah Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan bertindak terhadap ISMA?

“Kegagalan mereka menjadikan Najib sunyi keseorangan dengan ayat-ayat manis wasatiyyah yang hanya merupakan omong kosong,” ujar Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.