Followers

Thursday, October 30, 2014

Sah Kah SUMPAH LAKNAT Yang Dibuat Oleh Saiful ??


Hello Saiful Bukhari Azlan, sila jawab persoalan berikut!


1. Kamu dakwa diliwat dengan paksaan, tetapi mengapa kamu membawa minyak pelincir ke rumah Anwar?

2. Kamu dakwa sakit diliwat selama 30 minit, kalau sakit, mengapa laporan perubatan dari Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada kesan liwat atau kesan cedera di lubang dubur selepas diliwat selama 30 minit?

3. Pihak hospital mengesah tiada kesan cedera di lubang dubur kamu tetapi ada kesan dicucuk dengan benda plastik, adakah kamu cucuk dengan sendiri?

4. Kamu dakwa sakit perut dan lubang dubur selepas diliwat, tetapi mengapa kamu tidak membuang besar dan masih boleh memelihara/ mengekal air mani dalam dubur kamu selama 3 hari?

5. Kamu dakwa menyapu minyak pelincir di lubang dubur dengan sendiri dan minyak pelincir itu jatuh atas karpet semasa diliwat tetapi tiada bukti dijumpai oleh forensik. Kenapa?

6. Kamu serahkan dua seluar dalam kepada polis pada 29/6 sebagai bukti, tetapi mengapa seluar dalam yang mempunyai kesan air mani bukan seluar dalam dipakai pada hari kejadian, manakala seluar dalam yang dipakai pada hari diliwat telah dicuci. Mengapa kamu cuci seluar dalam yang mempunyai bukti penting itu?

7. Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapa kamu masih pergi ke rumah Anwar Ibrahim untuk menjamu selera pada 27/6?

8. Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapa kamu hanya membuat laporan polis pada 29/6, setelah 3 hari?

9. Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapa kamu berjumpa Najib di kediaman peribadinya pada 24/6 dan berhubungi dengan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25/6?

10. Kamu dakwa diliwat dengan paksaan oleh Anwar yang berusia 62 tahun pada masa itu, mengapa kamu yang berusia muda dan bertenaga (23 tahun) tidak melawan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.