Followers

Friday, October 31, 2014

RM1.54 Bilion Hanya Untuk Komisen Majlis Amal ??

 

KUALA LUMPUR 30 OKT: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua  menyelar tindakan 1 Malaysia Development Berhada (1MDB) membayar komisen berlebihan kepada firma pelaburan Goldman Sachs untuk penganjuran majlis kutipan derma pada 2012 and 2013.

Beliau merujuk satu laporan akhbar The Edge, berhubung wang komisyen bernilai 10 peratus dari RM15.2 bilion yang berjaya dikumpul dalam majlis amal itu.

Pua mempersoalkan mengapa 1MDB membayar komisyen amat tinggi kerana kadar untuk acara sebegini biasanya hanya antara 0.2 hingga 2 peratus daripada dana yang terkumpul.

"Dalam keadaan biasa, pengumpulan RM 15.2 bilion oleh satu entiti tidak akan melibatkan kos lebih RM152 juta.

"Bagaimanapun 1MDB membayar RM1.54 bilion. Pengurusan tertinggi 1MDB adalah sekumpulan orang bodoh yang tidak cekap," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, Goldman Sachs tidak beretika kerana tidak mendedahkan alasan untuk meminta fi terlalu tinggi daripada 1MDB dan menggesa 1MDB supaya bertanggungjawab kerana tindakan itu.

"Rakyat Malaysia hanya boleh membuat satu kesimpulan. Pengurusan tertinggi 1MDB dianggotai golongan yang terdesak dan bodoh merelakan diri digunakan oleh Goldman Sachs yang tidak beretika," kata beliau, lapor Malaysiakini.

Justeru, kata Pua, pengerusi pembaga 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada jalan lain selain memecat pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hazem Abdul Rahman.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.