Followers

Sunday, October 12, 2014

Putrajaya ‘berdosa dunia akhirat’ tidak salur dana secara langsung, kata Nik Aziz

Published: 12 October 2014

Bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyelar kerajaan pusat menggunakan Jabatan Pembangungan Persekutuan menyalurkan dana bagi negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.Bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyelar kerajaan pusat menggunakan Jabatan Pembangungan Persekutuan menyalurkan dana bagi negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.Bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan tindakan Putrajaya yang masih menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai saluran bantuan ke negeri itu.

Mengulas tentang Bajet 2015, Nik Aziz menyifatkan saluran dana pembangunan Kelantan melalui JPP itu tidak telus kerana Putrajaya masih berkuasa memegang tender projek.

“Kenapa Kerajaan Pusat salur duit untuk pembangunan di negeri ini melalui JPP. Ini adalah dosa dunia akhirat. Selagi kuasa tender ada di Pusat, mustahil untuk buat apa-apa, semua itu mengarut,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2015 di Parlimen kelmarin mengumumkan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia.

Namun, Mursyidul Am PAS itu membidasnya dan mempersoalkan dasar kebangsaan yang digunakan BN selama ini untuk memerintah dan mengenepikan dasar Islam.

"Mana boleh Islam tolak Islam, tetapi mereka (BN) tolak Islam dan guna dasar kebangsaan, BN pandang serong pada Islam (kerana tolak Islam).

“Mahu bagi bantuan tidak salah tetapi mesti melalui saluran betul, ketika saya jadi Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mereka (kerajaan) hantar syarikat dari Kuala Lumpur, bukan syarikat tender,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Putrajaya supaya menguruskan kewangan negara dengan baik dan mengelakkan pembaziran.

“Buatlah apa sahaja bajet, jika tidak kawal pembaziran, mustahil untuk laksanakan apa-apa hasrat. Itu yang saya dapat kata melalui pengalaman saya selama 23 tahun jadi ketua Kerajaan Negeri Kelantan," katanya. – 12 Oktober, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com
 
Bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyelar kerajaan pusat menggunakan Jabatan Pembangungan Persekutuan menyalurkan dana bagi negeri itu. – 

Bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyelar kerajaan pusat menggunakan Jabatan Pembangungan Persekutuan menyalurkan dana bagi negeri itu. 

Bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan tindakan Putrajaya yang masih menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai saluran bantuan ke negeri itu.

Mengulas tentang Bajet 2015, Nik Aziz menyifatkan saluran dana pembangunan Kelantan melalui JPP itu tidak telus kerana Putrajaya masih berkuasa memegang tender projek.

“Kenapa Kerajaan Pusat salur duit untuk pembangunan di negeri ini melalui JPP. Ini adalah dosa dunia akhirat. Selagi kuasa tender ada di Pusat, mustahil untuk buat apa-apa, semua itu mengarut,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2015 di Parlimen kelmarin mengumumkan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia.

Namun, Mursyidul Am PAS itu membidasnya dan mempersoalkan dasar kebangsaan yang digunakan BN selama ini untuk memerintah dan mengenepikan dasar Islam.

"Mana boleh Islam tolak Islam, tetapi mereka (BN) tolak Islam dan guna dasar kebangsaan, BN pandang serong pada Islam (kerana tolak Islam).

“Mahu bagi bantuan tidak salah tetapi mesti melalui saluran betul, ketika saya jadi Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mereka (kerajaan) hantar syarikat dari Kuala Lumpur, bukan syarikat tender,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Putrajaya supaya menguruskan kewangan negara dengan baik dan mengelakkan pembaziran.

“Buatlah apa sahaja bajet, jika tidak kawal pembaziran, mustahil untuk laksanakan apa-apa hasrat. Itu yang saya dapat kata melalui pengalaman saya selama 23 tahun jadi ketua Kerajaan Negeri Kelantan," katanya. – 12 Oktober, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com

Putrajaya ‘berdosa dunia akhirat’ tidak salur dana secara langsung, kata Nik Aziz

Bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyelar kerajaan pusat menggunakan Jabatan Pembangungan Persekutuan menyalurkan dana bagi negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.Bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyelar kerajaan pusat menggunakan Jabatan Pembangungan Persekutuan menyalurkan dana bagi negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.Bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan tindakan Putrajaya yang masih menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai saluran bantuan ke negeri itu.
Mengulas tentang Bajet 2015, Nik Aziz menyifatkan saluran dana pembangunan Kelantan melalui JPP itu tidak telus kerana Putrajaya masih berkuasa memegang tender projek.
“Kenapa Kerajaan Pusat salur duit untuk pembangunan di negeri ini melalui JPP. Ini adalah dosa dunia akhirat. Selagi kuasa tender ada di Pusat, mustahil untuk buat apa-apa, semua itu mengarut,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2015 di Parlimen kelmarin mengumumkan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia. Namun, Mursyidul Am PAS itu membidasnya dan mempersoalkan dasar kebangsaan yang digunakan BN selama ini untuk memerintah dan mengenepikan dasar Islam.
"Mana boleh Islam tolak Islam, tetapi mereka (BN) tolak Islam dan guna dasar kebangsaan, BN pandang serong pada Islam (kerana tolak Islam).
“Mahu bagi bantuan tidak salah tetapi mesti melalui saluran betul, ketika saya jadi Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mereka (kerajaan) hantar syarikat dari Kuala Lumpur, bukan syarikat tender,” katanya.
Beliau turut mengingatkan Putrajaya supaya menguruskan kewangan negara dengan baik dan mengelakkan pembaziran.
“Buatlah apa sahaja bajet, jika tidak kawal pembaziran, mustahil untuk laksanakan apa-apa hasrat. Itu yang saya dapat kata melalui pengalaman saya selama 23 tahun jadi ketua Kerajaan Negeri Kelantan," katanya. – 12 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-berdosa-dunia-akhirat-tidak-salur-dana-secara-langsung-kata-nik-a#sthash.YzPDd8HK.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.