Followers

Tuesday, October 21, 2014

Projek Ratus Bilion: Selepas lapan tahun, siapa sebenarnya terima manfaat Iskandar Malaysia?

Selasa, 21 Oktober 2014.


Semasa ditubuhkan, ianya bertujuan untuk memberikan nafas baru kepada Johor Baru, akan tetapi selepas lapan tahun dilancarkan, Iskandar Malaysia gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa di selatan Johor dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik.

Ini adalah sentimen yang ditunjukkan daripada temuramah rawak yang dijalankan The Malaysian Insider bersama dua kumpulan, penduduk biasa dan pemilik perniagaan di selatan Johor – Masai, Bandar Baru Uda, Bukit Indah, dan Kampung Melayu Majidi.

Lebih separuh daripada 18 individu yang ditemui berkata, kehidupan mereka tidak berubah menjadi lebih baik, meskipun Iskandar Malaysia bertujuan untuk mengubah ekonomi dan landskap fizikal di selatan Johor itu.

 Lebih kurang dua pertiga daripada pemilik perniagaan berkata, mereka tidak merasai limpahan kebaikan, dari segi peluang menambahkan pendapatan atau keuntungan. 


Ini adalah selepas inisiatif berkenaan membawa pelaburan sebanyak RM156.35 bilion sejak 2006 menurut laporan pada 18 Oktober oleh agensi berita nasional Bernama.

Akan tetapi, kebanyakan responden optimis mengenai Iskandar Malaysia, dengan majoriti daripada dua kumpulan itu secara keseluruhannya mangatakan ianya baik untuk selatan Johor.

Sikap optimis itu bagaimanapun turut diluahkan beserta kekecewaan dengan peningkatan kos sara hidup serta harga rumah.

Terdapat juga sentimen di kalangan penduduk yang berpandangan golongan kaya dan mempunyai jaringan kuat akan mendapat faedah besar daripada Iskandar Malaysia sementara mereka yang lain hanya menerima sisanya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.