Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan
air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam,
kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Azmin menyuarakan
kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang
membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat
dilaksanakan.
"Saya tidak mahu mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat," kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.
"Kita mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu," kata Azmin. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau turut mengharapkan agar perjanjian itu dihormati semua pihak.
"Tetapi semua pihak perlu menghormati pelaksanan penstrukturan ini," katanya.

Azmin berkata beliau juga menulis surat kepada Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk
memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri Selangor mendedahkan
kandungan air tersebut kepada umum.
Beliau berkata, pihaknya menerima
tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan air tersebut,
namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA. "Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.
"Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA. "Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.
Azmin pada 2 Oktober
dilaporkan berkata beliau akan meneliti perjanjian penstrukturan semula
bekalan air di negeri ini dengan mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad
(KDEB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memberi taklimat
tentang proses tersebut.
Azmin berkata, taklimat itu penting bagi
membolehkan barisan Exco yang baru dilantik mengetahui secara lebih
terperinci kandungan perjanjian berkenaan.
Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Persekutuan itu.
Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Persekutuan itu.
Kerajaan negeri Selangor ketika
pentadbiran Khalid memeterai perjanjian pengambil alihan tiga syarikat
konsesi dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh
kerajaan Selangor.
Sebuah lagi sarikat konsesi, Syarikat Pengeluar Air
Selangor Sdn Bhd (Splash) bagaimanapun menolak tawaran tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.