~terpaksa saya cerita, maafkan YB!~
(1)
SAYA memang tak amanah dan dikatakannya “jangan cerita” maka kali ini saya cerita dan pertamanya maafkan saya kerana tidak peggang janji.
Saya memang selalu diminta menulis ucapan termasuk ucapan mantan ketua menteri yang ia sendiri menelefon saya tetapi ini bukan cerita ketua menteri tetapi cerita seorang YB yang dulu menteri dan satu masih berjawatan menteri.
Pernah suatu ketika saya pulang ke kampung dan dalam perjalanan YB itu menelefon dan minta saya sediakan ucapan hal HIJRAH kerana petangnya dia mahu berucap dan minta bahan2 sahaja dan saya terpaksa memutar ke pejabat dan segera siapkan ucapan dan katanya dia akan nambahin nanti sekadar minta idea saya.
Setengah jam saya Fax kepada YB berkenaan dan memang soal HIJRAH ini ada dalam kepala saya dan di depan PC saya bisa siapkan satu ucapan dalam masa tak sampai 10 minit sebab saya memang sudah biasa menyediakan ucapan VIP sejak 40 tahun lalu.
Suatu hari dia panggil ke rumahnya dan di depan rumahnya ada kolam ikan dan kami sembang berdua dan entah kenapa saja dia bertanya soal masalah saya dan saya kata yang saya tiada masalah, cuma nak buat rumah di tanah sekitar 1Borneo dan dia senyum bila saya katakan mahu beli papan/kayu dalam sehari dua.
Sebelum pulang dia tangkapkan beberapa ekor ikan merah dalam kolamnya dan seingat saya ada 10 ekor ikan kalapia saya bawa pulang.
Apa terjadi selanjutnya?
Dua minggu kemudian saya kena telefon dan yang menelefon seorang Cina dan katanya apakah saya yang bernama Ismail dan saya kata nama saya Ismaily bukan Ismail. Apapun dia minta saya datang ke kilang kayunya dan saya hairan.
“ Saya tak pesan kayu taukeh..”
“ ala, lo datanglah sini simpang empat bongawan” Katanya dan dia kenalkan diri nama Lim. Begitulah dan saya kira taukeh itu tersalah orang.
Lalu sayapun datang dan taukeh itu pendek tubuhnya dan gemuk, sayapun perkenalkan diri dan dia lihatkan saya satu memo yang berbunyi “ Nanti Lim Call Ismaily/016-82222-62, kasih dia kayu2 papan sekitar RM30,000 dan bilnya saya bayar…” Saya terkejut dan kebetulan saya mahu gunakan untuk rangka Surau dan rumah saya di lokasi dekat 1B.
Saya terus menelefon YB berkenaan dan kenapa jadi begitu dan dia kata itu dia bantu dan ikhlas bukan balasan dan saya terharu sangat. Siapa dia itu? Sebentar saya katakan. Tunggu!
(11)
SUATU petang seorang YB menelefon saya dan memang dia teman baik saya dan ajak makan di salud dan saya jawab “terima kasih saja YB, saya di Universiti Utara Malaysia berceramah NC UUM jemput baca puisi terus” dan ajakan makan itu saya tolak dan tak dapat saya penuhi, lalu dia minta saya datang ke pejabatnya di WISMA Tun Fuad setelah kembali dari UUM dan sayapun datang sekitar jam 10:00 pagi/pada suatu hari.
Ketika saya datang itu, saya pesan PAnya dan PAnya terus maklumkan kepada YB dan bila YB tahu, saya diarah masuk dan di dalam ketika itu ada DO Tuaran dan pegawai2 lain dan mereka YB persilakan meninggalkan ruang dan katanya mahu bincang dengan saya/penting sangat katanya.
Terharu saya seolah
saya ini orang penting pula. Benar2 terharu dan rasa berdosa terhadap DO
dan teman2nya kena suruh beredar.
Memang banyak yang kami perkatakan dan dia sendiri minta pandangan dan nasihat setelah sekitar 4 tahun kami tidak ketemu meski dulu sama2 makan di kamar pejabatnya/beli nasi bungkus dan dia sama juga macam YB pertama saya ceritakan.
Pernah saya ceritakan yang saya membina sebuah Mini Masjid/Surau kongkret dan ketika itu saya katakan sudah berbelanja sekitar RM150k dan minta dia membantu dimana perlu dan rupanya kata-kata itu ia simpan. Maaf YB!
Sekitar 1 jam saya di kamarnya dan dia ajak minum di luar tetapi saya menolak kesan ada lagi urusan lain dan sebelum pulang, dia bagi satu bungkusan dan saya bertanya apa dalam bungkusan itu tetapi dia tak menjelaskan dan minta saya bukan kemudian.
Setelah saya sampai di rumah, lalu saya buka dan dia menulis kata2 begini “ Ini bantuan peribadi saya RM6,000 untuk siapkan surau haji itu dan mudah2 Allah permudahkan segala urusan kita…” Saya terharu dan menitis air mata saya dan paling berkesan bila saya telefon dia “Haji jangan cerita sesiapa yang saya derma..” Mahu tahu siapa dia? Sebentar saya katakan!
(III)
Maafkan saya kedua Datuk dan TERPAKSA saya katakan di sini dan saya memang tidak amanah.
Kalaupun Datuk marah, marahlah saya tetapi saya iklas mengatakan dan menjelaskan budi baik Datuk meski saya tidak pernah minta cukup saya ingatkan dan doa kedua Datuk selalu berbahagia meski kedua pernah dikatakan di uar2 bakal duduki kerusi ketua menteri dahulu.
Siapa keduanya itu?
Sabar menunggu. Yang pertama saya cerita itu pernah kerja di Jabatan Hutan Sabah dan wajahnya macam hero Filem Hindustan dan biasa wajah begitu diserah watak ganas tetapi YB ini sebenarnya memang baik hati meski diperkatakan di sana sini ia seolah tidak baik dan kami memang selalu berbicara lewat telefon kecuali sejak tiga tahun kebelakangan ini. Dia ialah YB Rahim Ismail. Maafkan saya!
YB kedua itu siapa pula?
YB kedua ini memang juga teman baik saya dan dia kala bicara cukup lembut dan macam seorang perempuan bicara.
Suaranya menggoda dan selalu saja senyum kala ketemu.
Memang dia baik dan kami ini meski berlainan parti tetapi kawan tetap kawan, cuma saya ini tidak suka mengampu bodek meski dulu pernah dia offer jawatan dan saya tolak agar diberikan sama orang lain.
Siapa yang saya maksudkan ini?
Dia ialah YB Hajiji seorang menteri yang cukup berwibawa dan dihormat teman dan lawan dalam dunia politik.
Maafkan saya YB!
Maafkan saya YB!
Maafkan saya YB!
Maafkan saya YB!
ISMAILY BUNGSU
Sabah
7 Oktober, 2014

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.