Followers

Sunday, October 5, 2014

Pendakwaan terhadap Anwar lebih banyak dari tumbukan Muhammad Ali ?

 
5/10/14.

Pendakwaan terhadap Anwar lebih banyak dari tumbukan Muhammad Ali ?

Senator Bebas dari Australia, Nick Xenophon menggesa Australia bersuara bagi pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkemungkinan dipenjarakan ekoran pertuduhan liwat terhadapnya.

"Malaysia adalah sekutu kritikal (kepada Australia) di rantau ini dan berdiam diri ketika pemimpinnya berhadapan pendakwaan adalah tragedi," katanya, seperti dilaporkan akhbar United Kingdom (UK) The Guardian hari ini.

"Anwar mempunyai lebih banyak pendakwaan berbanding tumbukan Muhammad Ali."Anwar kini berhadapan pendakwaan liwat yang penuh kontroversi dan salah satu peguamnya, N. Surendran juga didakwa atas kesalahan hasutan kerana mengatakan pendakwaan itu bermotifkan politik.

Rayuan ini dijadualkan pada 20 Oktober depan.

Selain kes liwat, Anwar juga disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana dituduh mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam ceramah politik tiga tahun lalu.

Laporan ABC News melaporkan Anwar bertemu Xenophon di Jakarta, Indonesia, pada Jumaat kerana Australia menghantar tenteranya ke Timur Tengah akan tetapi mengabaikan kebebasan bersuara di Asia.

"Kita perlu menghantar tentera ke serata pelusuk dunia untuk mempertahankan demokrasi dan kebebasan, namun buta dengan situasi di persekitaran kita, ini tidak boleh diterima," kata Anwar.

Anwar merujuk kepada tindakan Putrajaya berterusan menggunakan akta hasutan untuk mengekang seteru politik, aktivis sosial, ahli akademik, laman portal, wartawan dan penceramah.

The Malaysian Insider semalam melaporkan enam pemimpin PKR turut akan mengadakan bantahan terhadap tindakan Putrajaya di lima bandar di Australia bulan ini.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney bermula 17 Oktober hingga 23 Oktober.

Kumpulan itu akan disertai Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya), termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Semambu Lee Chean Chung.- TMI

BATU VS KAYU Senator Bebas dari Australia, Nick Xenophon menggesa Australia bersuara bagi pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkemungkinan dipenjarakan ekoran pertuduhan liwat terhadapnya.

"Malaysia adalah sekutu kritikal (kepada Australia) dirantau ini dan berdiam diri ketika pemimpinnya berhadapan pendakwaan adalah tragedi," katanya, seperti dilaporkan akhbar United Kingdom (UK) The Guardian hari ini.

"Anwar mempunyai lebih banyak pendakwaan berbanding tumbukan Muhammad Ali."Anwar kini berhadapan pendakwaan liwat yang penuh kontroversi dan salah satu peguamnya, N. Surendran juga didakwa atas kesalahan hasutan kerana mengatakan pendakwaan itu bermotifkan politik.

Rayuan ini dijadualkan pada 20 Oktober depan.

Selain kes liwat, Anwar juga disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana dituduh mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam ceramah politik tiga tahun lalu.

Laporan ABC News melaporkan Anwar bertemu Xenophon di Jakarta, Indonesia, pada Jumaat kerana Australia menghantar tenteranya ke Timur Tengah akan tetapi mengabaikan kebebasan bersuara di Asia.

"Kita perlu menghantar tentera ke serata pelusuk dunia untuk mempertahankan demokrasi dan kebebasan, namun buta dengan situasi di persekitaran kita, ini tidak boleh diterima," kata Anwar.

Anwar merujuk kepada tindakan Putrajaya berterusan menggunakan akta hasutan untuk mengekang seteru politik, aktivis sosial, ahli akademik, laman portal, wartawan dan penceramah.

The Malaysian Insider semalam melaporkan enam pemimpin PKR turut akan mengadakan bantahan terhadap tindakan Putrajaya di lima bandar di Australia bulan ini.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney bermula 17 Oktober hingga 23 Oktober.

Kumpulan itu akan disertai Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya), termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Semambu Lee Chean Chung.- TMI


BATU VS KAYU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.