Rayuannya terhadap hukuman penjara lima tahun itu akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata perhimpunan itu adalah untuk memberitahu Anwar bahawa DAP akan meneruskan perjuangan untuk keadilan "tidak kira apa yang akan berlaku" minggu depan.
Lim berkata mereka akan bersama Anwar sama ada beliau bebas atau berada dalam penjara.
Lim berkata, jika Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, penduduk Pulau Pinang mahu Anwar tahu bahawa mereka akan menunggu kepulangannya.
Dengan gelombang baru reformasi berikut hukuman penjara ke atas Anwar, Lim berkata, Pakatan akan menawan Putrajaya dan Anwar akan keluar lebih awal dari penjara.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula kata beliau mempunyai firasat bahawa Anwar tidak akan ke penjara kali ini.
PAS Parit Buntar MP Mujahid Yusof Rawa pula berkata,
Pakatan akan menghadapi semua cabaran dengan tenang kerana apa yang lebih penting ialah kematangan gabungan itu dalam menyelesaikan isu-isu yang mengancam untuk memecahbelahkannya.
Perhimpunan tersebut berlangsung selama tiga jam hingga lewat malam.
PKR sebelum itu, memulakan kempen solidiriti bersama Anwar di seluruh negara dan kemuncaknya ialah perhimpunan besar-besaran di mahkamah Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.