Followers

Wednesday, October 1, 2014

Pelajar UM akan protes dakwaan hasutan Aziz Bari

Published: 30 September 2014.

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan mengerakkan protes membantah pendakwaan terhadap ppensyarah Universiti Selangor (Unisel) Dr Aziz Bari (gambar) mengikut Akta Hasutan.

Presiden PMUM Fahmi Zainol berkata, persatuannya akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah dari seluruh negara bagi membantah penggunaan Akta Hasutan yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia.

"Kami akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah seluruh Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan yang jelas dan terang mencabuli berkenaan hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, pendakwaan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kerana ia jelas merupakan serangan kepada kebebasan akademik yang wajib ada dalam sebuah negera demokrasi.

"Menyatakan kebimbangan kami terhadap pencabulan hak asasi manusia, kebebasan untuk bersuara dan juga prinsip keramat kebebasan akademik. .

Beliau berkata, PMUM menuntut agar kerajaan memansuhkan akta tersebut kerana jelas digunakan untuk mengekang kebebasan bersuara secara mutlak.

Aziz dilaporkan menerima panggilan daripada polis hari ini dan mengarahkannya hadir di Balai Polis Sabak Bernam pada 11 pagi esok untuk direkodkan kenyataan.

Hampir 100 laporan polis dibuat terhadap Aziz ekoran kenyataannya dalam forum seperti disiarkan melalui dua artikel berita di The Malaysian Insider.

Artikel berkenaan, "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari" disiarkan pada 1 September dan "Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert" disiarkan pada 9 September lalu.

Ini merupakan kali kedua, ahli akademik dikenakan dengan pendakwaan mengikut akta sama selepas pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Shahrom. – 30 September, 2014.
 
/www.themalaysianinsider.com. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan mengerakkan protes membantah pendakwaan terhadap ppensyarah Universiti Selangor (Unisel) Dr Aziz Bari (gambar) mengikut Akta Hasutan.

Presiden PMUM Fahmi Zainol berkata, persatuannya akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah dari seluruh negara bagi membantah penggunaan Akta Hasutan yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia.

"Kami akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah seluruh Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan yang jelas dan terang mencabuli berkenaan hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, pendakwaan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kerana ia jelas merupakan serangan kepada kebebasan akademik yang wajib ada dalam sebuah negera demokrasi.

"Menyatakan kebimbangan kami terhadap pencabulan hak asasi manusia, kebebasan untuk bersuara dan juga prinsip keramat kebebasan akademik. .

Beliau berkata, PMUM menuntut agar kerajaan memansuhkan akta tersebut kerana jelas digunakan untuk mengekang kebebasan bersuara secara mutlak.

Aziz dilaporkan menerima panggilan daripada polis hari ini dan mengarahkannya hadir di Balai Polis Sabak Bernam pada 11 pagi esok untuk direkodkan kenyataan.

Hampir 100 laporan polis dibuat terhadap Aziz ekoran kenyataannya dalam forum seperti disiarkan melalui dua artikel berita di The Malaysian Insider.

Artikel berkenaan, "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari" disiarkan pada 1 September dan "Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert" disiarkan pada 9 September lalu.

Ini merupakan kali kedua, ahli akademik dikenakan dengan pendakwaan mengikut akta sama selepas pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Shahrom. – 30 September, 2014.

/www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.