Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II berpendapat bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai.
Menurut dokumen yang disaksikan oleh Malaysiakini, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam.
Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat.
Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya.
Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.
Rayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa.
Dalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar lapor Malaysiakini.
Zar Ali III "MEREKA MERANCANG - ALLAH JUGA ADA PERANCANGANNYA - PERANCANGAN ALLAH MENGATASI SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA ( UMNO )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.