Telefon pintar Nexus 6 yang bakal dihasilkan Motorola nampaknya sudah mula berada di cakap-cakap tekno di mana ia dijangka diperkenalkan kurang dari dua minggu.
Nexus 6 akan mempunyai skrin 5.2 inci dengan format paparan True HD IPS+ skrin sentuh kapasiif, 16juta warna dengan saiz keseluruhan 1440 x 2560 piksel selain densiti piksel menjangkau ~565ppi.
Ia akan disediakan terus dengan memori dalaman 32GB bersama slot kad memori mikroSD sehingga 128GB dan RAMnya pula sangat tinggi iaitu 3GB.
Kelajuan datanya pada format DC-HSDPA, 42 Mbps; HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps; LTE, Cat4, 50 Mbps UL, 150 Mbps DL dan fungsi WLAN seperti berikut; Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, DLNA, Wi-Fi hotspot . Sudah pasti Nexus 6 akan sampai dengan set bluetooth 4.0 dan mikroUSB 2.0.
Kameranya 13MP dengan 4128 x 3096 piksel, terdapat juga seperti biasa fokus auto, penstabil imej optikal dan LED flash. Kamera depan juga ada tetapi ia hanya 2.1MP.
OS diperkenalkan sudah pasti Android L (tidak diketahui lagi nama panjang bagi L tetapi ia seakan Lollipop kalau logiknya). Nexus 6 akan menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 805 Quad-core 2.7 GHz Krait 450 dan GPU Adreno 420.
p/s: foto kredit Evan Blass dari @evleaks
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.