Hipotensi
atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan
tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya. Hipotensi
atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan
tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.
TEKANAN
darah rendah atau Hipotensi merupakan penyakit yang kerap dialami,
namun ada segelintir masyarakat mengabaikan dan menganggap ia sebagai
pening biasa atau masalah dehidrasi.
Malah
ada segelintir daripada kita membiarkan tekanan darah rendah tanpa
sebarang rawatan padahal penyakit ini boleh mengancam nyawa.
Tekanan
darah setiap orang adalah berbeza tetapi jika seseorang yang mengalami
tekanan darah rendah bacaan darah sistolik kurang 90 milimeter merkuri
(mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah
yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua tahap berkenaan.
Apabila
tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran
darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.
Tanda
tekanan darah rendah seperti pening atau pitam, pengsan, penumpuan
kelam, penglihatan kabur, loya, kulit dingin, pucat dan lembap,
pernafasan pendek dan cepat, keletihan dan dahaga.
Berkait masalah jantung
Tekanan
darah rendah juga boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ
berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik dan akan
menyebabkan badan gagal mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen
dan nutrien dikehendaki.
Selain
itu, masalah endokrin seperti penyakit paratiroid dan penyakit Addison
yang menyebabkan kekurangan adrenal, gula dalam darah yang rendah atau
hipoglisemia juga menyumbang kepada tekanan darah berkurangan. Malah,
penyakit diabetes boleh mencetuskan tekanan darah rendah.
Mereka
yang mengalami muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk juga terdedah
kepada risiko mendapat tekanan darah rendah berikutan mengalami
dehidrasi kerana ketika dehidrasi, tubuh akan kehilangan banyak air.
Lebih
buruk, komplikasi dehidrasi seperti hypovolemic berlaku apabila isipadu
darah yang rendah menyebabkan penurunan mendadak tekanan darah dan
pengurangan oksigen untuk sampai ke organ penting. Jika tidak dirawat,
hypovolemic teruk boleh menyebabkan kematian.
Hipotensi wanita hamil
Wanita
hamil juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah dan menyebabkan
rasa pening serta loya dalam tempoh berkenaan akibat hormon kehamilan.
Jika
wanita hamil mendapat serangan penyakit ini akan wujudnya masalah
seperti anemia ( kekurangan haemoglobin atau darah merah) yang boleh
menyebabkan kelahiran pramatang.
Tekanan
darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26
minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga (
27-40 minggu).
Jadi
bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa kalau puan adalah
dalam linkungan trimester kedua. Tanda seperti pitam bila bangun dari
kedudukan baring adalah biasa sebab tekanan darah rendah. Namun demikian
pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.
Jikalau
seseorang itu bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti
tersebut perlu diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan
akan berlaku penurunan berat badan seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar
merisaukan.
Tanda-tanda
kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan
pemeriksaan jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun
perlu diperiksa secara ultrasound.
Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa sahaja namun risikonya lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia.
Diagnosis
tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit,
sekali gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal
pasti masalah berkaitan jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang
kepada penurunan tekanan darah.
Biasanya,
pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan
sistolik dan diastolik. Doktor juga akan menawarkan ujian
elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke
jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu saluran
darah yang membawa darah ke jantung.
Pemeriksaan
tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi
mengesan sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam
darah dan kekurangan sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah
menurun.
Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi KPJ Klang,
Dr Lillian George
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.