Followers

Wednesday, October 15, 2014

Lelaki Biadap Ini Akhirnya Ditahan Polis

 

Krishnan a/l Mookan yang dikecam oleh banyak pihak kerana menampar banner yang tertera muka Najib Abdul Razak dengan selipar telah ditahan oleh polis di rumahnya yang beralamat di Blok 08-00-11, PPR Sri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.

Seorang lelaki ditahan Sabtu lalu ekoran tindakannya meletak selipar atas poster perdana menteri semasa satu protes 8 Oktober lalu.

Mengesahkannya, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan, kata Munusamy ketika dihubungi.

Seksyen 504 berkaitan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, manakala Seksyen 506 berkaitan ugutan jenayah.

Munusamy berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki tersebut dirakam meletak selipar atas poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa satu protes terhadap pemotongan subsidi bahan api dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan bangunan Parlimen pada 8 Oktober.

Gambar tersebut telah diedarkan dalam talian, termasuk oleh laman Facebook.

 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.