Followers

Sunday, October 26, 2014

KPN Wajar Meletakkan Jawatan....??


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah bersuara bahawa rakyat Malaysia merupakan pemantau terbaik bagi tugas yang dimainkan pihak polis di Malaysia.
Sedangkan prestasi Khalid sendiri dilihat amat mendukacitakan. Persepsi rakyat ialah ketua polis ini menjadi alat tuan politiknya dan tidak langsung mematuhi undang-undang.

Portal berita TMI melaporkan Khalid berkata masyarakat merupakan pemantau terbaik salahlaku polis. Beliau menolak cadangan penubuhan Suruhajaya Bebas bagi Aduan dan Salahlaku Polis yang dicadangkan pada 2005 oleh Suruhanjaya Siasatan Polis Diraja bagi memantau salahlaku yang dilakukan oleh anggota-anggota PDRM.

Khalid berkata pihaknya tidak menolak penubuhan satu suruhanjaya bebas, namun terma dan klausanya tidak cocok bagi pasukan polis di Malaysia

“Kami seakan dilihat warga kelas kedua. Kami tidak mempunyai apa-apa hak di bawah Suruhanjaya Bebas bagi Aduan dan Salahlaku Polis itu.”

Di bawah suruhanjaya tersebut, tiada klausa bagi anggota yang didapati bersalah membuat rayuan di mahkamah.

Antara pengkritik cadangan tersebut termasuklah bekas KPN Tan Sri Musa Hassan yang berpendapat, saluran perlu diberi bagi anggota polis merayu agar diberi keadilan dan keseimbangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.