Followers

Monday, October 6, 2014

Kemelut Politik MCA, UMNO Tegang, Pemuda MCA Buat Laporan Polis Terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian PJ Utara !



SJKC: MCA gesa Mohamed Azli disiasat
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamed Azli Mohemed Saad yang mencadangkan supaya Perhimpunan Agung UMNO pada November ini membincangkan sama ada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) perlu diterus atau dimansuhkan.

"Beliau (Mohamed Azli) tidak hanya mencabar hak hakiki warganegara ini untuk belajar bahasa ibunda masing-masing, malah turut mempersoalkan hak pendidikan komuniti Cina.

Tindakan beliau itu boleh mengakibatkan ketegangan antara kaum," katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan Astro Awani hari ini.

Lian Ker berkata, cadangan yang dinyatakan Mohamed Azli adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara dan dasar yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataan itu, beliau turut mengingatkan Mohamed Azli terhadap insiden melibatkan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Sabah, Mark Koding yang disiasat kerana menghasut dan menyokong cadangan untuk memansuhkan SJKC dan Sekolah Tamil sekitar Oktober 1978.

"Hak sesuatu kaum untuk mengajar dan mempelajari bahasa ibunda mereka tidak boleh dinafikan.

Sekolah rendah jenis kebangsaan adalah sebahagian daripada konteks pendidikan perdana juga tidak boleh dinafikan," katanya.

Lian Ker yang juga Pengerusi Biro Harmony agama MCA, adalah menjadi polisi BN sejak sejak kermerdekaan lagi untuk mempertahankan hak semua rakyat Malaysia untuk mepelajari bahasa ibunda masing-masing.

Dan jika Mohamed Azli tidak bersetuju dengan perkara ini, beliau dialu-alukan untuk keluar parti," tambahnya.

Mohamed Azli dalam kenyataannya membuat gesaan supaya kedudukan SJKC dibahaskan kerana ramai berpendapat sekolah itu sekarang diperalat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

- utusan


Perhimpunan Agung UMNO dicadang bahas 
mansuh SJKC

Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung November ini dicadangkan supaya membincangkan dengan teliti sama ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu diterus atau dimansuhkan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata, ini kerana ramai berpendapat SJKC sekarang telah diperalat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

Katanya, perhimpunan agung tersebut merupakan platform terbaik untuk membahaskan sama ada perlu atau tidak pengambilan murid serta tenaga pengajar Melayu dan India ditingkatkan ke tahap 60 peratus, selain aspek pemansuhan itu sendiri.

"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran.

Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama saranan meminta agar kerajaan mengkaji semula pembinaan SJKC, tetapi suara tersebut telah banyak dan berulang kali dilaungkan pihak-pihak yang mahu melihat perpaduan di negara ini diperkasakan.

Malah, pada Ogos lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim sendiri berkata, kerajaan perlu menghentikan pembinaan SJKC yang baharu kerana kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

Dalam pada itu, Mohamad Azli berkata, UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara mahu, semua SJKC yang sedia ada perlu diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan sepenuhnya dan bukannya bebas seperti sekarang ini.

"Kita mahu membasmikan sentimen perkauman yang sering dipolitikkan oleh golongan yang cetek pemikiran politiknya," katanya.

 - utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.