Followers

Monday, October 27, 2014

Kalau Takut Pada Risiko - Jangan Bicara Soal Perjuangan - REFORMASI !


 
Manusia tak dilahirkan bodoh kecuali diperbodoh dan dikekalkan bodoh demi kepentingan pihak yg ingin memperbodohkannya. 
 
Some fools love to be fooled and maintain to be so by their own government as fools. Sahabat2ku sekelian, kecutnya seorang wanita dilorong kelam, kecutnya seorang lelaki disuruh melawan. 
 
Usah kekal jadi pengecut.. Mungkin kita tak mampu menghalang kezaliman hari ini, tapi jangan sampai melupakan kezaliman itu akan terus berulaang pada hari esok dan seterusnya..

Maka, aku dengan ini menghasut sehasut hasutnya semua rakyat x kira Melayu, India, Cina, Orang Asal, dan semua kaum kaum yg ada untuk turun pada 28 & 29 ini di Putrajaya.. 
 
Masanya tiba untuk kita tunjuk pada pemimpin yg rakus, rakyat lebih berkuasa. Persetan dengan segala bentuk halangan yg akan dibina untuk menyekat kita. Hak kita, mereka harus akur!

Bagi orang Islam, kita baru beralih tahun.. Hijri 1436. Duk sebut Maal Hijrah sana sini merata, kita hijrah dari apa ke apa? Apa maknanya hijrah ini jika pemikiran masih takok lama seperti kaum jahiliyyah? Hijrah maknanya perpindahan. Tapi bukan sekadar pindah tempat.. 
 
Dari Mekah ke Madinah. Atau dari Kajang ke Putrajaya. Konsepnya tak gitu. Pastinya Hijrah gagal dihayati jika masih kekal dasar kezaliman, penindasan dan fitnah manusia ke atas manusia lain. 
 
Harus berubah jadi manusia yg beriman dan berjihad menegakkan keadilan dan kebenaran. Surah Al-Baqarah ayat 218, surah Al-Anfal ayat 74 dan surah At-Taubah 20-22 telah rangkumkan Hijrah bersama Iman & Jihad. Hijrah itu merubah seorang mukmin menjadi Mujahid.

Aku bukan bicara tentang Anwar Ibrahim sahaja tapi sistem negara kita yang semakin rosak! Yang sedikit duduk saja tiap hari kaut berjuta, yang berjuta dikerah tiap hari dgn upah tak seberapa. Ini petanda sistem ekonomi yg rosak. 
 
Disaat rakyat bertanya kepada pemimpin, rakyat pula dipersoal dan cuba diselotep mulutnya. Ini petanda sistem integriti rosak. Disaat bukti dan fakta bercelaru dan x kukuh diterima pakai, itu tandanya keadilan dan hak rakyat rosak!!!! 
 
 Hari ini, Anwar adalah watak yg diangkat untuk kepentingan kerakusan kuasa dan kerosakaan integriti pemimpin, kamu x ambil kisah. Bayangkan suatu hari nanti ahli keluarga atau keturunan kamu sendiri menjadi mangsa politik kotor sebegini.. 
 
Tidak mustahil kerana sejarah akan berulang selari dengan kebodohan dan kedangkalan kaum itu sendiri..

#RakyatHakimNegara

#REFORMASI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.