TAHNIAH kepada rakan-rakan yang terus komited melawan kezaliman. Dua
hari yang lalu, Anwar tidak keseorangan di Mahkamah Istana Kehakiman
Putrajaya. Majoriti anak-anak muda dari berbagai lapisan turun
bersolidariti buat tokoh reformasi ini yang dibicarakan di dalam kes
fitnah Liwat II.
Waktu bekerja dua hari yang lalu dengan cuaca di sebelah petang dua hari
berturut-turut hujan agak lebat, mereka tidak berganjak. Semalam hari
kedua kehadiran meningkat berganda dari hari pertama kerana ramai yang
menjangkakan keputusan dibacakan semalam. Difahamkan keputusan akan
dibacakan oleh Hakim pada Jumaat ini.
Bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung |
Sehubungan itu, tentukan Jumaat ini kita akan merayakan kemenangan
menewaskan fitnah jijik kotor dari dubur Sepol. Anwar akan bebas Jumaat
ini, itu keyakinan aku, Puas mahu mencari di mana dan apakah sebab
yang kuat untuk penjarakan Anwar sekali lagi.
Ada kawan-kawan yang telah hilang punca sehingga sanggup mendoakan Anwar
masuk ke Sg Buluh. Simpati juga dengan kawan-kawan seperti ini yang
mudah patah hati, mudah dibeli jiwa dan raga mereka dan lupa kepada asas
perjuangan, jauh sekali dengan akhlak Islam. Mengapa jadi begitu?
Sebabnya kerana taksub kepada pemimpin mereka.
Tawan Putrajaya dengan bendera PR |
Ketua Ulamak Sedunia, Dr Yusof Qardhawi terbaru menyatakan rakyat
Malaysia harus bangkit melawan fitnah ke atas Anwar. Aku tidak pasti
pemimpin-pemimpin di bawah Ulamak terkenal ini Wala' atau tidak kepada
"bos' mereka atau hanya mereka sahaja yang perlu di"Wala'kan? Itu
kata-kata Syeikh Yusof Qardhawi bukan kata-kata Presiden PasMa.
Sembang dengan otai2 reformis |
Apa pun, aku sudah tidak hairan lagi siapa mahu datang atau tidak. Aku
yakin, kalau aku datang seorang diri pun aku akan dapat pahala.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.