Followers

Thursday, October 23, 2014

JIKA BENCI KEPADA ANWAR LEBIH KUAT DARIPADA BENCI KEPADA UMNO, ELOK JANGAN DATANG BERHIMPUN

 

 
PAHANG kini menanti kehadiran tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim beberapa hari lagi.  Maran adalah tempat bertuah yang akan menerima kunjungan Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN ini sebelum nasib baik ditentukan oleh Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada 28 hb Okt ini nanti.  
 
Pada 25hb Oktober, Anwar akan menyampaikan amanatnya kepada rakyat Pahang bertempat di perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Maran (berdepan stesyen bas Maran) bermula lepas Isyak.


Ramai yang menyatakan mungkin kehadiran tidak seperti sebelumnya kerana kita tahu situasi sekarang sebenarnya bukan baik untuk Anwar melihat limpahan yang datang.  Krisis sesama kita di dalam PR belum pulih terutamanya di antara KEADILAN dengan PAS berpunca dari isu MB di Selangor baru-baru ini.  
 
Difahamkan juga, tiada reaksi positif dari PAS Pahang di atas kunjungan Anwar kali ini.  Kita biarkan saja apa pun pandangan orang ramai termasuk dari PAS tentang Anwar. Mungkin bagi mereka Anwar seorang yang boleh menentang Umno/Bn, dan bukan tokoh reformasi ini saja boleh memperkuatkan PR.  Betul, aku setuju.

Bagi aku, tiada paksaan kepada sesiapa pun untuk datang.  Orang ramai dijemput dan terpulanglah kepada mereka untuk membalas dendam kepada Anwar jika mereka anggap Anwar itu seburuk-buruk insan.  
 
KEADILAN telah mempelawa PAS untuk turut sama di pentas ceramah selain dari wakil DAP.  Apa yang aku faham, DAP telah bersedia untuk bersama.  PAS sehingga kini belum pasti, cuma ada khabar-khabar angin menyebut PAS sambut dingin program ini.  Jika betul, itu hak PAS. 

Aku berpendapat tidak semua penyokong PAS menutup mata untuk mengakui sumbangan Anwar kepada prestasi PR selama ini.  Aku yakin ramai para penyokong PAS akan turut hadir kerana mereka sedar seburuk mana pun Anwar, beliau ada jasanya kepada rakyat.  
 
Di zaman Nabi, orang Yahudi dan jahat kepada Nabi pun ketika sakit, Nabi bertanya khabar juga.  Anwar mungkin tidak seteruk Yahudi itu, tetapi jika masih merasakan perlu berdendam kepada Anwar, itu hak masing-masing.  

Kita mahu kehadiran di Maran seterusnya di Mahkamah nanti walaupun sepuluh orang, jumlah ini hadir kerana nawaitu yang ikhlas.  Puluhan ribu yang hadir tidak bermakna Anwar pasti bebas.  Sepuluh orang yang hadir juga tidak bermakna Anwar akan terpenjara.  Ini semua kuasa Allah.  Kita mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan.  
 
Mereka yang rasa sudah kuat dan tidak perlu lagi berjuang bersama Anwar dan rakan-rakan lain, itu hak mereka.  Jangan ada buli.  

Kepada para penyokong PR yang sedar Anwar di sebalik kelemahan atau keburukannya, tidak dapat dinafikan beliau punyai jasa kepada rakyat di negara ini, maka wajarlah kita turun beramai-ramai.  Ini giliran Anwar dan keluarganya.  Apakah ada jaminan kezaliman dan fitnah tidak menimpa kita atau keluarga kita?  

Aku menyeru agar kita merenung sejenak apakah kita berpuas hati jika Anwar masuk penjara?  Jika kita rasa patut Anwar merengkok di dalam penjara, elok kita jangan buang masa untuk hadir.  Tetapi jika kita merasakan di sebalik kebencian kita kepada Anwar atas sebab-sebab tertentu namun kita lebih benci kepada kezaliman Umno/Bn, maka kita harus selamatkan Anwar.  


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.