Followers

Monday, October 6, 2014

Isu Bible di Selangor, Azmin masih tunggu penjelasan Jais dan Mais - OLEH MD IZWAN

Isu Bible di Selangor, Azmin masih tunggu penjelasan Jais dan Mais

OLEH MD IZWAN

Published: 6 October 2014

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kata masih belum dapat penjelasan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (Mais) mengenai isu rampasan Bible. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali masih menanti penjelasan daripada pihak berkuasa agama Islam negeri membabitkan isu rampasan Bible, serta menegaskan tiada keputusan terbaru dibuat selepas dua minggu dilantik mengambilalih pentadbiran negeri tersebut.

Azmin berkata isu Bible antara perkara utama yang akan ditelitinya selepas isu perjanjian air selesai dan akan berbincang dengan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (Mais).

"Saya belum dapat penjelasan Jais dan Mais. Itu perkara selanjutnya yang kita akan bincang sebab yang kita tumpukan minggu lepas soal air dan beberapa perkara lain," katanya ketika ditemui pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidiladha di Hulu Kelang pagi ini.

Apabila ditanya sama ada Bible tersebut masih berada dalam simpanan pihak berkuasa agama tersebut, Azmin berkata tidak mempunyai maklumat mengenainya.

"Saya tidak ada maklumat ketika ini, saya akan bincang dengan Jais tentang perkara ini," kata beliau.

Mengenai sama ada Bible tersebut akan dipulangkan, Azmin berkata keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas menerima penjelasan daripada pihak Jais sendiri.

"Ia tertakluk kepada perbincangan nanti, tidak adil untuk saya buat keputusan sekarang kalau tidak mendapat maklumat lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas isu perjanjian penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Putrajaya pada Februari, Azmin berkata surat akan dihantar kepada kerajaan persekutuan minggu depan.

Khamis lepas beliau berkata akan menulis surat kepada Putrajaya memohon dokumen perjanjian yang dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 itu didedahkan kepada umum.

Katanya pihaknya sehingga kini tidak memperolehi salinan perjanjian tersebut dan mahu mendapatkan kebenaran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) supaya menukar status dokumen itu kepada dokumen awam.

Setakat ini, katanya beliau sudah mendapat taklimat daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengenai perkara itu, bagaimanapun masih tidak berpeluang meneliti keseluruhan perjanjian yang ditandatangani Khalid.

Azmin berkata kandungan perjanjian tersebut penting demi memastikan ketelusan dan integriti urusan yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu.

"Saya akan menulis surat kepada kerajaan persekutuan untuk mendesak mereka bersetuju supaya perjanjian ini dibuka kepada orang ramai khususnya untuk rakyat dan pengguna negeri Selangor kerana kita mahu tahu apa kandungan yang dipersetujui kedua-dua pihak," katanya. – 6 Oktober, 2014.
 
http://www.themalaysianinsider.com
 Published: 6 October 2014.

"Saya akan menulis surat kepada kerajaan persekutuan untuk mendesak mereka bersetuju supaya perjanjian ini dibuka kepada orang ramai khususnya untuk rakyat dan pengguna negeri Selangor kerana kita mahu tahu apa kandungan yang dipersetujui kedua-dua pihak," katanya.

http://www.themalaysianinsider.com
 
    Isu Bible di Selangor, Azmin masih tunggu penjelasan Jais dan Mais

    Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kata masih belum dapat penjelasan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (Mais) mengenai isu rampasan Bible. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Oktober, 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kata masih belum dapat penjelasan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (Mais) mengenai isu rampasan Bible. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Oktober, 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali masih menanti penjelasan daripada pihak berkuasa agama Islam negeri membabitkan isu rampasan Bible, serta menegaskan tiada keputusan terbaru dibuat selepas dua minggu dilantik mengambilalih pentadbiran negeri tersebut.
    Azmin berkata isu Bible antara perkara utama yang akan ditelitinya selepas isu perjanjian air selesai dan akan berbincang dengan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (Mais).
    "Saya belum dapat penjelasan Jais dan Mais. Itu perkara selanjutnya yang kita akan bincang sebab yang kita tumpukan minggu lepas soal air dan beberapa perkara lain," katanya ketika ditemui pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidiladha di Hulu Kelang pagi ini.

    Apabila ditanya sama ada Bible tersebut masih berada dalam simpanan pihak berkuasa agama tersebut, Azmin berkata tidak mempunyai maklumat mengenainya. "Saya tidak ada maklumat ketika ini, saya akan bincang dengan Jais tentang perkara ini," kata beliau.
    Mengenai sama ada Bible tersebut akan dipulangkan, Azmin berkata keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas menerima penjelasan daripada pihak Jais sendiri.
    "Ia tertakluk kepada perbincangan nanti, tidak adil untuk saya buat keputusan sekarang kalau tidak mendapat maklumat lagi," katanya.
    Dalam perkembangan lain, mengulas isu perjanjian penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Putrajaya pada Februari, Azmin berkata surat akan dihantar kepada kerajaan persekutuan minggu depan.
    Khamis lepas beliau berkata akan menulis surat kepada Putrajaya memohon dokumen perjanjian yang dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 itu didedahkan kepada umum.
    Katanya pihaknya sehingga kini tidak memperolehi salinan perjanjian tersebut dan mahu mendapatkan kebenaran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) supaya menukar status dokumen itu kepada dokumen awam.
    Setakat ini, katanya beliau sudah mendapat taklimat daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengenai perkara itu, bagaimanapun masih tidak berpeluang meneliti keseluruhan perjanjian yang ditandatangani Khalid.
    Azmin berkata kandungan perjanjian tersebut penting demi memastikan ketelusan dan integriti urusan yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu.
    "Saya akan menulis surat kepada kerajaan persekutuan untuk mendesak mereka bersetuju supaya perjanjian ini dibuka kepada orang ramai khususnya untuk rakyat dan pengguna negeri Selangor kerana kita mahu tahu apa kandungan yang dipersetujui kedua-dua pihak," katanya. – 6 Oktober, 2014.
    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-bible-di-selangor-azmin-masih-tunggu-penjelasan-jais-dan-mais#sthash.8VQx3MZs.dpuf

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.