Menurutnya, penyebaran gambar itu sebagai fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.
Beliau berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap isu-isu semasa yang lebih besar.
“Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.
“Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya semalam.
Yammy berkata, individu mahupun kumpulan yang sengaja mereka-reka cerita dan menyebarkan gambar ini jelas ketandusan modal.
Menurutnya, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut berhubung isu itu memandangkan beberapa kes mahkamah yang sudah difailkan terhadap beberapa ahli politik sedang berjalan lapor Sinar Harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.