Published: 12 October 2014
Datuk Seri Najib Razak (tiga dari kiri) bersama Presiden MCA Datuk Seri
Liow Tiong Lai dan pemimpin parti menyanyi lagu kebangsaan pada
Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Datuk Seri Najib Razak (tiga dari kiri) bersama Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin parti menyanyi lagu kebangsaan pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan masyarakat Cina tidak perlu risau tentang masa depan sekolah vernakular kerana hak mereka termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun terdapat di kalangan ahli Umno menggesa sekolah aliran itu dimansuhkan.
"Jangan risau tentang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Hak untuk belajar bahasa ibunda memang ada dalam perlembagaan dan undang-undang negara," kata perdana menteri pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 di Kuala Lumpur, hari ini.
"Tetapi, sebagai balasan, kita harap (pelajar) SJKC belajar bahasa kebangsaan. Boleh tak? Janganlah guna perkataan seperti 'gua' (Hokkien untuk 'saya') dan 'lu' (Hokkien untuk 'awak') lagi," katanya dalam nada gurauan.
Pengumuman itu disambut tepukan gemuruh perwakilan MCA yang berhimpun di ibu pejabat parti itu, sambil berdiri sebagai tanda sokongan.
Bebeapa pemimpin Umno baru-baru ini menggesa sekolah vernakular ditutup kerana ia didakwa tidak memupuk semangat perpaduan negara. – 12 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.