Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya berhubung pengiraan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam perkara 34, 35 dan 36 dalam salinan buku bajet berkenaan.
Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan fakta itu menyebut bahawa, negara akan mendapat hasil dari GST sejumlah RM23.2 bilion pada 2015.
Bagaimanapun kata beliau, kerajaan akan hilang kira-kira RM3.8 bilion ekoran beberapa barangan dikecualikan GST.
Najib juga berkata, dengan perlaksanaan GST, maka Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dihapuskan dan menyebabkan kerajaan kehilangan lagi hasil RM13.8 bilion.
Jelasnya lagi, jika pendapatan dari GST (RM23.2 bilion) ditolak dengan RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion tersebut, maka baki yang tinggal hanya RM5.6 bilion.
Dari jumlah RM5.6 bilion itu pula kata Najib, sebanyak RM4.9 bilion disalur kembali untuk keperluan rakyat melalui tambahan bantuan BR1M.
Maka kata perdana menteri, akhirnya hasil bersih GST hanyalah RM690 juta.
Menurut Mahfuz,
adalah mengelirukan apabila perdana menteri mendakwa hasil GST akan
ditolak dengan hasil SST, yang sekaligus akan mengurangkan hasil GST.
Sedangkan kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, GST adalan cukai menggantikan SST di mana hasil pendapatan dari GST tidak ada kaitan dengan hasil SST yang dimansuhkan.
"Adakah Perdana Menteri kita gagal matematik, atau terlena sewaktu kelas matematik? Atau beliau ada pengalaman mengelirukan akaun," soal Mahfuz.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, adalah tidak wajar meletakkan hasil SST sebagai sebahagian perbelanjaan kerajaan kerana cukai itu nanti sudah tiada lagi.

Ianya juga seperti membawa maksud kedua-dua cukai ini akan terus dikenakan.
"Jika SST masih dikira dalam GST, maka kita desak supaya kekalkan SST dan GST dimansuhkan. Mana boleh kedua-dua cukai ini aktif sedangkan SST dimansuhkan.
"Saya merasakan ini sebahagian alasan untuk menjustifikasikan tindakan melaksanakan GST itu," katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.