Followers

Thursday, October 23, 2014

Doris Jones, Balik Sabah Dan Hadapi Dakwaan Ke Atas Anda – UPKO

 
SMS NEWS PORTAL
“Balik Sabah dan hadapi dakwaan ke atas anda,” seru pemangku Presiden United PasokMomogun KadazanDusunMurut Organisation (Upko) Wilfred Madius Tangau kepada Doris Jones



KOTA KINABALU

 “Balik Sabah dan hadapi dakwaan ke atas anda,” seru pemangku Presiden United PasokMomogun KadazanDusunMurut Organisation (Upko) Wilfred Madius Tangau kepada Doris Jones, aktivis yang menerajui kempen ‘Sabah Sarawak Keluar Malaysia’ (SSKM) melalui media sosial.

Katanya, Upko menolak kempen yang dipimpin oleh individu yang tinggal di London itu dan mahu Jones kembali untuk menghadap dakwaan terhadapnya, jika beliau mengaku bertanggungjawab ke atas tindakannya.

Jones pernah berkata bahawa beliau bersedia untuk disoal siasat, kata Wilfred, “tetapi itu sukar dilakukan kerana undang-undang yang ada tidak membenarkan Malaysia membawanya balik ke sini”. Jones mahu didakwa di London dimana Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani, menurut pos terbaru beliau di Facebook.

Wilfred mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Upko terhadap SSKM dan akaun Facebook miliknya yang dikatakan anti semenanjung.

Oleh itu, beliau menggesa ahli-ahli Upko supaya tidak menyertai kempen SSKM kerana secara keseluruhannya, ia mengelirukan rakyat.

Beliau juga menasihatkan ahli parti itu daripada menggalakkan kempen itu dengan menghantar mesej dan artikel yang mereka terima melalui media sosial itu kepada orang lain.

Anggota Parlimen Tuaran itu berkata, Jones yang sudah lama berada di luar Sabah telah berjaya mempengaruhi orang ramai dengan kempennya melalui pelbagai saluran media sosial.

“Mereka menyalin dan menghantar maklumat. Apa yang berlaku ialah ada mereka tidak membaca dengan teliti apa yang diterima. Malah ada yang tidak faham,” katanya sambil menasihatkan anggota Upko untuk tidak menyebarkan kempen itu dalam media sosial.

Menurut Wilfred, masalahnya sekarang ialah orang ramai terpengaruh dengan emosi dan yakin dengan tindakan Jones dengan hanya membuka akaun Facebook dibawah nama SSKM kemudian memuat naik borang-borang dari dalamnya.

Orang ramai katanya, bertanya sama ada mereka sudah menandatangani borang itu untuk memberikan sokongan atau bertanya sama ada mereka sudah menjadi ahli SSKM.

“Mereka yang terpengaruh dengan kempen SSKM adalah mereka yang sentiasa mencanangkan memorandum 20 Perkara.

“Saya tertanya-tanya sama ada mereka memahami Perkara Ketujuh dalam memorandum itu yang berbunyi ‘Tiada hak untuk memisahkan diri daripada persekutuan’. Jika mereka memperjuangkan 20 Perkara, bagaimana dengan Perkara Ketujuh?” soalnya.


Sumber dipetik : Free Malaysia Today

Kongsi Pandangan anda


YB DATUK MADIUS TANGAU,

KENAPA MENDESAK "DORIS JONES" BALIK SABAH UNTUK DIDAKWA?


"EDWARD STEPHEN" DISINI SILA DAKWA.


APA PERJUANGAN UPKO TERHADAP RAKYAT SABAH SELAMA INI?????

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.