Annuar Musa ajak PAS sertai BN: Khalid Yang Jawab. Di Mana Nik Abduh?
Isu macam ni sepatut mana-mana MP PAS yang dikaitkan dengan UG yang jawab
Yang aku nak dengar adalah jawapan dari Nik Abduh atau Tantawi
Takkanlah hanya berinai di fb atau twitter sahaja?
Ahli
Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa memuji PAS kerana mempunyai
pendirian yang teguh meskipun diasak kepimpinan DAP dan PKR terutama
dalam kes melibatkan pelantikan menteri besar Selangor yang baharu. –
Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014.
Ahli Parlimen
Ketereh Tan Sri Annuar Musa hari ini berkata, PAS adalah tulang belakang
kepada komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) meskipun kemelut
menteri besar Selangor sebelum ini menyaksikan parti Islam itu
bertelagah dengan DAP dan PKR.
Annuar berkata, lebih baik PAS bersama dengan Barisan Nasional (BN) daripada terus dibuli rakan-rakan dalam PR.
"PAS marilah duduk bersama BN," katanya ketika perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
"PKR dan DAP
buli PAS, turut buli bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mereka lupa kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS," katanya.
Kenyataan itu
kemudiannya disambut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang bangun
dan menegaskan PAS tidak akan "termakan umpan" yang dihulurkan Umno
untuk menyertai BN.
"Ucapan Ketereh
amat melucukan, macam nak cuba beri umpan. Beliau kata kita orang lama,
minta maaf Ketereh, kita tidak termakan umpan," kata Khalid ketika
membalas hujah daripada Annuar.
Annuar kemudiannya memuji PAS kerana mempunyai pendirian yang teguh meskipun diasak kepimpinan DAP dan PKR.
"PAS tidak akan hancur kerana mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, yang hancur parti lain," kata Annuar.
Khalid kemudian
bangun sekali lagi dan menegaskan kebersamaan PAS bersama PR berjaya
menjadikan sokongan mereka meningkat sehingga 52% ketika pilihan raya
umum 2013.
"Apa nak bangga sangat dengan 52%, kalau orang buli," kata Annuar.
"Saya tidak salahkan Shah Alam, beliau tidak tahu," kata pemimpin Umno itu.
Ahli Parlimen
Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini melalui akaun Facebook
miliknya mengakui PAS menjadi mangsa buli DAP dan PKR rentetan isu di
Selangor berhubung isu menteri besar dan pemecatan ahli majlis di Pulau
Pinang baru-baru ini.
Anak Mursyidul Am PAS itu berkata, jika dahulu PAS mangsa buli Umno, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam PR.
"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.
"Sehinggakan
PAS kelihatan seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana
satu. Semua macam tidak menjadi," katanya dalam tulisan akaun Facebook
miliknya.
Pertelagahan
PAS dengan rakan komponen PR semakin hangat apabila parti itu tetap
menghantar lebih daripada satu nama calon menteri besar, sedangkan DAP
dan PKR memutuskan mereka akan tetap menghantar nama Presiden PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengkehendaki parti pemerintah di
Selangor itu menghantar lebih daripada satu nama calon untuk dilantik
sebagai menteri besar.
Baginda kemudiannya memilih melantik Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor. – 13 Oktober, 2014
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.