Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam bagi menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Timbalan presiden I Cuepacs Zainal Ismail berkata kesatuan itu menuntut kenaikan sebanyak 30 peratus untuk semua peringkat penjawatan.
Kenaikan itu melibatkan kenaikan sebanyak RM300 bagi penjawat awam bergaji RM900 sebulan, katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kakitangan berkenaan diberikan dua bulan bonus.
Katanya, tuntutan itu munasabah keraja gaji penjawat awam tidak pernah dikaji semula sejak 2007.
"Kita tidak mendapat kenaikan gaji sejak sekian lama... Kita bukannya meminta kenaikan setiap tahun. Kita berharap kerajaan akan menyemak semula gaji setiap lima tahun,” katanya kepadaMalaysiakini.
Pada 2007, perdana menteri pada masa itu Tun Abdulllah Ahmad Badawi menaikkan gaji kakitangan awam antara 7.5 hingga 35 peratus.
Zainal berkata kesatuan itu tidak menentang pelaksanaan GST, namun berharap agar kerajaan mengambil kira kesan yang akan ditanggung oleh rakyat.
Katanya, pelaksanaan GST dan kenaikan harga bahan api akan menyebabkan pengguna menanggung beban lebih besar.
“Kita percaya kerajaan pasati akan dapat menanggung kenaikan gaji, terutama selepas pelaksanaan GST,” katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut agar kerajaan menaikkan elaun perumahan dari RM180 kepada RM450 dan kos sara hidup (Cola) dari RM250 kepada RM300.
Kesatuan itu juga menuntut agar kerajaan mengawal harga perumahan kerana ada kakitangan awam yang tidak mampu membeli rumah bawah program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1AM).
Pada masa ini, rumah PP1AM dijual pada harga sekitar RM150,000 hingga RM200,000, yang terlalu mahal untuk dibiayai penjawat awam.
"Jadi kita berharap kerajaan akan mengurangkan harga rumah kepada sekitar RM70,000 hingga RM130,000," katanya.
Bloglist Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.