Followers

Saturday, October 11, 2014

Contoh bangang Dr. Mahathir menafikan kejayaan Tahaluf Siyasi PAS.


 

Contoh Dr. Mahathir ni memang BANGANG pasainya kekalahan PAS di Kedah bukan pasai tahaluf siyasi tapi sebenarnya atas kelemahan jentera PAS sendiri yang berpecah sampai tahap tahap ada sabotaj dari jentera PAS sendiri.

Sinarharian melaporkan:

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed diingatkan tidak membuka mulut atau mempertikaikan tahaluf siyasi yang dipelopori Pas kerana ia bukan bidang bekas pemimpin Umno itu.

Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan tahaluf siyasi adalah isu agama dan ia tidak sewajarnya dipermainkan oleh mana-mana pihak. - Sinar.

Juga dilaporkan:

"Sebab itu dalam isu ini, nasihat kepada Tun Mahathir, dia tak payah bercakap kerana bukan bidang dia dan isu tahaluf siyasi ini, isu agama yang rasa tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa saja," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam. - Ibid.

Sebelum ni Dr. Mahathir tulis dalam blog dia ulas 'kegagalan' tahaluf siyasi PAS. Walaupun pada aku apa yang Dr. Mahathir tulis tu tak kena tapi pada aku cara Ust Nik Zawawi 'belasah' Dr. Mahathir tu pun tak kena juga.

Tak sesuai kut dalam suruh Dr. Mahathir tutup mulut semata-mata sebab atas alasan tahaluf siyasi tu isu agama dan isu agama tu bukan bidang Dr. Mahathir.

Lebih sesuai kalau dia 'belasah' isi tulisan Dr. Mahathir yang cukup gunakan alasan bangang untuk menafikan 'kejayaan' tahaluf siyasi PAS.

Dewan Ulamak' patutnya gunakan 'ruang' yang Dr. Mahathir ujudkan ni untuk bagi pemahaman apa sebenarnya maksud Tahaluf Siyasi dan apa pendekatan etika yang PAS guna dalam bertahaluf siayasi dengan DAP dan PKR.

Dr. Mahathir tulis dalam blog dia:

1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang Cina yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu - CheDet.

TG Hj Hadi dalam 'Amanat Hj Hadi' tak kata jadi kafir semata-mata sebab bekerjasama dengan orang kafir.

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. 
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. 
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. - Amanat Hj Hadi - wikipedia.

Takdak pun kata kafir sebab bekerjasama dengan MCA atau MIC. Yang jadi kafirnya sebab bekerjasama untuk 'mengekalkan "mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir". Yang jadi kafirnya sebab bekerjasama "mengamalkan 'politik suku, agama suku'".

Kalau ada orang PAS yang mengkafirkan orang Umno macam yang Dr. Mahathir kata tu, itu sebab ahli PAS tu BANGANG kafirkan atas sebab yang tak betul.

Lagi satu, Ust Nik Zawawi patut 'belasah' contoh BANGANG Dr. Mahathir untuk menafikan kejayaan tahaluf siyasi PAS.

Dr. Mahathir jugak tulis dalam blog dia:

18. Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.

19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP. - Ibid.

Contoh ni memang BANGANG pasainya kekalahan PAS di Kedah bukan pasai DAP dan PKR tipu dalam tahaluf siyasi tapi sebenarnya atas kelemahan jentera PAS sendiri yang berpecah sampai tahap ada sabotaj dari jentera PAS sendiri.

PAS cuma boleh menang setakat 21 kerusi pasainya PAS bertanding dan kalah di kerusi yang pengundi melayu lebih 80%. PAS gagal tawan kerusi-kerusi tu dari tangan Umno pasai jentera PAS masih gagal yakinkan pengundi Islam untuk tolak calon Umno BN.

Undi ahli DAP dan PKR di hampir semua kerusi-kerusi tu tak siknifikan pun. Kalau PAS berjaya yakinkan majoriti pengundi Islam untuk tolak calon Umno BN, tanpa undi ahli DAP dan PKR pun PAS mampu tawan kerusi-kerusi tu.

Kalau ditengok pulak kerusi di sebelah pantai barat semenanjung yang PAS bertanding terutama kerusi pengundi bercampur contohnya macam kerusi Parlimen Kota Raja, sangat jelas calon PAS boleh menang dengan adanya tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

Cenangau Daunkari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.