Ini adalah kenaikan perkhidmatan yang pertama sejak minyak dinaikkan pada 2 Oktober lepas. Ini belum termasuk harga barang.
Ini
baru perkhidmatan bas sekolah, kalau ada tiga anak bayangkan penambahan
kos setiap bulan dan kalikan setahun pasti terasa gak beb.
Nak
buat macam mana, PM dah kata kerajaan tidak sengaja naikkan harga
minyak jadi kenalah terima alasan PM yang cerdik pandai nih. Padahal PM
cerdik kita nih tidak pernah nak faham atau buat-buat tidak faham jika
minyak naik maka semua akan naik. Bacalah berita di bawah ini ;
Tambang bas sekolah dijangka meningkat sebanyak RM5 hingga
RM10 pada Januari,berikutan keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) memansuhkan harga siling pada tahun depan, lapor The Star hari ini.
Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia memberitahu, ia akan
dimuktamadkan pada akhir tahun ini, selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak
berkaitan untuk mendapatkan maklum balas mereka.
"Ia tidak akan menjadi kenaikan yang keterlaluan,"
ketua setiausaha gabungan itu, Md Saad Mohamad, dipetik sebagai berkata.
Bernama melaporkan, minggu lepas SPAD mengeluarkan harga
siling bagi membolehkan ibu bapa, sekolah danpengusaha bas untuk menentukan
tambang.
"Kami (SPAD) sebagai pemerhati akan memastikan tiada
pihak terbabitmengambil kesempatan mengenakan harga yang berlebihan," kata
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) yang dipetik sebagai berkata
pada Jumaat.
"Sekiranya kita terima aduan daripada ibu bapa mengenai
tambang yang dikenakan terlalu tinggi, pengendali bas sekolah akan dikenakan
tindakan tegas.”
Tetapi, Star melaporkan hari berikutnya ibu bapa kecewa
dengan langkah itu kerana mereka sedang bergelut dengan kos sara hidup.
Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu, langkah itu
akan memberi kesan kepada 15,000 pengusaha bas berdaftar di seluruh negara dan
berpotensi membawa tambahan 30,000 pengusaha bas tidak berlesen untuk mendaftar
dengan SPAD.
Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul
Selvaraj memberitahu akhbar itu kenaikan tambang juga perlu seiring dengan peningkatan
kualiti perkhidmatan bas.
"Jika jumlah peningkatan yang itu berpatutan dan
disertai peningkatan tahap keselamatan dan kualiti perkhidmatan, ibu bapa perlu
menyokongnya kerana kita semua mahu satu sistem bas sekolah yang berdaya maju
dan selamat," kataya.
Pada masa ini pengusaha bas mengenakan bayaran RM27.43 bagi
setiap kilometer pertama dan RM2.05 untuk setiap kilometer berikutnya di
kawasan bandar di bawah skim tambang dikawal sejak 2009 oleh Lembaga Pelesenan
Perdagangan (LPKP).
Di kawasan luar bandar, tambang adalah RM20.62 bagi setiap
kilometer dan RM2.02 bagi kilometer berikutnya.
Pengusaha bas sekolah meminta kenaikan tambang sebanyak 40%
sejak Disember tahun lepas berikutan peningkatan kos.
Tikaqbuloh.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.