KUALA LUMPUR:
Bekas jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada
pukul 10.47 malam tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi
kanser mulut, kanser paru-paru serta asma.
Bernama melaporkan, menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, berkata allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.
Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979.
Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.