Followers

Tuesday, October 28, 2014

BEKAS HAKIM YANG DISEGANI MENGETUAI PEGUAMBELA KES FITNAH LIWAT 2

 

Fitnah 2: Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan ketuai peguam Anwar

PUTRAJAYA 28 OKT:  Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan peguam Anwar dalam perbicaraan terakhir kes Fitnah 2 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini.

Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria manakala seorang panel hakim, Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ramly Ali.

Dalam hujahnya, Gopal berkata meskipun menghantar surat peletakan jawatan selepas tarikh mendakwa diliwat, Saiful Bukhari Azlan tetap datang ke rumah Anwar dan menyajikan minuman kepada tetamu.
 
Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, di mana satu objek plastik dikatakan dimasukkan ke dalam duburnya.
 
“Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur,”

Gopal berkata, tiga doktor yang memeriksa Saiful mendapati tidak ada tusukan berlaku dalam dubur Saiful. Pemuda itu kemudian bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.
 
Malaysiakini melaporkan, Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful dikemukakan dan salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah. Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi memepunyai bekas air mani.

Gopal berhujah, pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.
 
Menurut Gopal, Mahkamah Rayuan telah silap dengan menganggap Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Terdahulu, Ketua umum keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya tepat pukul 8.40 pagi. Beliau ditemani oleh isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya termasuk Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah.

Ketibaan Anwar disambut dengan laungan reformasi oleh ratusan penyokong yang menunggu sejak awal pagi.

Bagaimanapun berlaku sedikit kekecohan apabila pagar yang memisahkan ruang legar mahkamah dirempuh penyokong-penyokong beliau yang mahu mendekati dan bersalam dengan anwar.

Turut hadir pemimpin tertinggi KEADILAN seperti Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.


suara keadilan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.