Timbul cadangan agar isu sekolah satu aliran dibahaskan dalam
Perhimpunan Agung Umno November ini bukan bermakna parti itu mahu
menjadi hero, kata Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Tetapi, katanya, ini kerana Umno lebih mengutamakan soal perpaduan rakyat yang berjaya dipertahankan sehingga kini.
“Apabila saya mempertahankan sekolah satu aliran bukannya Umno mahu menganiaya atau bertindak zalim kepada mana-mana kaum di negara ini sebaliknya Umno berpendapat hanya sistem pendidikan di sekolah sahaja mampu mencorakkan perpaduan nasional rakyatnya,” katanya.
Dalam laporan blog Umno bahagian itu, Syed Ali dipetik sebagai berkata, kerajaan perlu mengkaji semula penubuhan sekolah satu aliran boleh membantu memupuk perpaduan nasional.
Beliau berkata, bekas penasihat pelajaran negara allahyarham Aminuddin Baki sejak 48 tahun lalu sudah menjangkakan masalah kaum akan berlaku melalui pendidikan berasingan.
Pada masa yang sama Syed Ali tidak menolak kemungkinan terdapat sebilangan guru-guru tanpa mengira kaum yang cuba meniupkan api perkauman di kalangan pelajar.
Dasar pecah belah British
Syed Ali turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah pihak termasuk pemimpin MCA yang menentang sekolah satu aliran kerana bimbang bahasa dan identiti mereka terhakis.
Beliau menyifatkan pandangan itu hanya persepsi semata-mata.
Beliau juga membangkitkan perkembangan di negara jiran seperti Singapura yang berjaya mewujudkan perpaduan nasional walaupun tiada sebuah pun sekolah Cina.
Manakala negara Thailand dan Indonesia yang mempunyai penduduk berketurunan pendatang juga menghapuskan sekolah berasaskan perkauman demi menyatupadukan rakyatnya.
“Tidak keterlaluan kalau dikatakan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pendidikan pelbagai aliran.
“Mungkin sudah tiba masanya kerajaan Malaysia memansuhkan sekolah vernakular yang dianggap sebagai platform dalam meniupkan sentimen perkauman yang menebal di kalangan rakyat,” katanya.
Syed Ali juga berkata, sekolah vernakular tidak sesuai lagi dipraktikkan memandangkan ia dicetuskan dasar penjajahan British yang mahu memecahbelahkan rakyat.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.