Followers

Thursday, October 23, 2014

Anwar Ibrahim Dedah Ada Ustaz Yang Minum Arak


anwar ibrahim
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan isu menyentuh anjing yang mendapat liputan meluas seolah-olah menjadi ancaman negara sedangkan banyak masalah lain yang boleh dibincangkan.

"Banyak orang Islam yang terlibat dalam kancah perjudian dan syarikat arak. Keluarga menteri juga mendapat kontrak jutaan ringit label keselamatan minuman keras.

"Ada ustaz berbicara tentang ini dan mereka yang banyak meminum arak," katanya dalam himpunan Rakyat Hakim Negara di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau merujuk kepada acara "I Want to Touch a Dog" yang diadakan pada Ahad dengan 1,000 hadirin hadir termasuk di kalangan umat Islam.

Acara yang bertujuan menghilangkan rasa takut terhadap haiwan berkenaan mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk ulama dan pihak berkuasa agama. ~malaysian insider
Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.