Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat
perhatian ramai dan berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini
filem Hollywood itu berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.
Menurut laporan Contact Music,
beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal
disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew
Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi
watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff.
Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red
Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya
untuk menonjolkan watak tersebut.

Antara babak di dalam The Wolf Of Wall Street
Lebih teruk lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana
karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang
yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti
serta perempuan.
“Rakaman filem berkenaan mempunyai beberapa babak di mana
karakter Greene digambarkan sebagai penjenayah, pengguna dadah, serta
tidak bermoral.”

Untuk pengetahuan anda, The Wolf of Wall Street lakonan
Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar
mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan
kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.
Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak
Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup
bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas
tanggungjawab sebagai penerbit.
Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat
produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall
Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures.
Pj Blogspot.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.