Followers

Monday, October 6, 2014

12 Kegagalan PM Najib Menurut Pandangan Tun Daim Zainuddin


 1) Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal.

2) Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yang lama untuk dilanjutkan bukan menaikan kadar.

3) Isu pengurangan Subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara. 

Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

4) Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang.

5) Menteri-Menteri tidak pandai menerang dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah.

6) PM Najib selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara.

7) Ketika negara dilanda bencana banjir. PM Najib dan ada juga menteri-menteri yang bercuti di luar negara.

8) Tun Daim juga meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau di dalam keadaan yang sebegini rupa.

9) BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya orang Melayulah yang perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah.

10) Perbelanjaan besar dalam perkara-perkara 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan PM Najib kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN.

11) Tun Daim juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga.

12) PM Najib terlalu mengikut kehendak para penasihat dalam menentukan dasar yang akhirnya merugikan Melayu.

Kerajaan UMNO dibawah pimpinan PM Najib tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam pemerintahan negara pada PRU akan datang. 

Polisi dan tadbirurus negara oleh Kerajaan UMNO/BN ternyata gagal memberikan kesan yang baik kepada rakyat malah rakyat berdepan dengan peningkatan kos sara hidup yang membebankan. 

UMNO ternyata GAGAL memperjuangan nasib orang melayu tetapi orang Melayu terus diperbodohkan demi menyelamatkan kuasa dan kemewahan Pemimpin UMNO. 

Orang Melayu harus sedar bahawa UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi mempergunakan Melayu untuk kepentingan dan survival Pimpinan UMNO untuk terus berkuasa dan memperkayakan diri,keluarga dan kroni mereka.


#‎BantahMinyakNaik‬

#‎AsalkanBukanUmno‬

#‎NajibPalingLemah‬

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.