Senarai Exco Baru Selangor Akhirnya Didedahkan Dihadapan Sultan
Menteri Besar Selangor
Mohamed Azmin Ali berkata exco Selangor akan kekal pada PAS empat
kerusi, dan DAP dan PKR 3 kerusi. Komposisi ahli majlis mesyuarat
kerajaan (Exco) bagi setiap parti Pakatan Rakyat (PR) kekal dan tidak
berubah, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu
berkata PAS akan kekal mendapat 4 kerusi exco, manakala DAP dan PKR
masing-masing 3."Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya
diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak," katanya ketika
ditemui pemberita selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di
Istana Mestika di Shah Alam hari ini.
Timbalan presiden PKR itu bagaimanapun enggan mendedahkan 10 exco
terbabit, sebaliknya akan mengumumkan esok semasa majlis angkat
sumpah."10 orang, komposisi kekal, esok saya akan umumkan."Saya
bersyukur kerana Tuanku perkenan senarai yang saya persembahkan kepada
Tuanku," katanya.
Azmin
dilihat tiba di pintu masuk utama kira-kira pukul 2.40 petang dan
meninggalkan perkarangan istana pukul 4.10 petang tadi.Pelantikan
barisan exco baru menimbulkan pertikaian apabila Ketua Wanita PKR
Zuraida Kamaruddin semalam mencadangkan kepada Azmin supaya mengurangkan
kerusi PAS.
Katanya PAS hanya layak diberikan "kerusi saguhati" kerana tidak menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon menteri besar yang menjadi pilihan PKR dan DAP.
Katanya PAS hanya layak diberikan "kerusi saguhati" kerana tidak menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon menteri besar yang menjadi pilihan PKR dan DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menambah lagi kemelut apabila
menyifatkan empat exco PAS yang enggan meletak jawatan dan terus
mentadbir negeri bersama bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.
Namun bekas exco Agama Sallehen Mukhyi membidas Lim yang tidak memahami
Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menyifatkan kenyataan ketua
menteri itu ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.
Selepas mempertahankan kemenangan PR di Selangor bagi penggal kedua, 10
exco yang dilantik adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong
Hian Wah, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali,
Sallehen, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, dan Dr Daroyah Alwi.
Namun enam exco PKR dan DAP dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu selepas
didapati melanggar ikrar 10 Akujanji apabila mengeluarkan kenyataan mahu
mengehadkan kuasa pemutus menteri besar dalam mesyuarat. ~malaysian insider
Addin

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.