Aku
teringat dalam satu forum yang dianjurkan dulu bagi membincangkan
krisis MB Selangor. Dalam krisis tersebut, antara yang menjadi panelis
dia ialah Hishammudin Rais. Hishammuddin Rais ada keluarkan satu
kenyataan balas dalam forum tersebut yang berbunyi begini ;
“Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.“Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.“Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”ujarnya.Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.“Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,” katanya.
Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/08/06/kalau-tv3-utusan-rtm-sokong-khalid-bermakna-khalid-jahat/
Sebenarnya, adakah RTM, TV3 dan Utusan puji Khalid? No such thing. Tapi apa yang berlaku ialah RTM, TV3 dan Utusan hanya melaporkan apa yang dibahaskan, diutarakan ataupun dipandangankan oleh pihak tertentu.
Sama seperti Malaysiakini melapor.
Sama seperti bila media2 pro pembangkang ataupun bebas melapor.
Kerja media melapor. Cuma penulisan2 wartawan itu perlu kita baca bahawa = emosi + pandangan peribadi dia, terselit sekali ketika laporan dibuat kerana dia tidak memisahkan sentimen itu dari laporan dia.
Kat sini la pembaca harus memainkan peranan untuk memahami setiap laporan2 itu dengan cara tersendiri. Adakah korang mahu terima persepsi yang cuba disampaikan oleh wartawan? Ataupun korang rasa korang nak lakukan pemerhatian lain untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas? Terserah kepada hak masing2. Ia adalah korang yang akan tentukan atau tetapkan apa yang korang mahu fikirkan.
Contoh. Persepsi yang disampaikan oleh wartawan Malaysiakini dalam laporan doa muktamar PAS yang dia anggap sebagai mengutuk pimpinan PAS. Dia dengar doa tue dan dia lapor. Dia rasa itu doa kutuk pimpinan PAS. Aku juga dengar doa yang sama. Tapi aku tak pula 'berperasa' itu doa kutuk pimpinan PAS. Ulasan aku tentang doa itu boleh rujuk kat sini.
Kat sini point aku ialah, kita mendengar, melihat atau membaca perkara yang sama, tapi cara kita menafsirkan perkara itu adalah berbeza, bergantung kepada pemikiran kita.
Maka, apabila UTUSAN, TV3, dan lain2 media arus perdana yang diperlihatkan condong kepada BN, melaporkan tentang kisah Khalid Ibrahim, Hishammuddin kata Khalid jahat.
Oleh kerana ada pimpinan BN yang memuji Khalid, maka Khalid adalah jahat. Itula gambaran oleh Hishammudin Rais yang dikemudiannya laju2 disebarkan oleh geng2 PKR di wall page dan fb aku suatu ketika dulu.
Ini, adalah untuk menjawab mereka. Bukan untuk menjawab Azmin. Ini, adalah untuk membuktikan apa beza pengikut, dengan pemikir.
Tadi. Bukan hanya Awani. TV3 dan RTM juga. Telah menyiarkan upacara istiadat melantik menteri besar baru Selangor oleh Azmin Ali secara live di saluran tv mereka.
Lihat gambar dan video sebagai bukti rujukan ;
Apakah sebelum ini ada mana2 pihak dari pembangkang pernah diberikan hak untuk masuk ke tv tanpa sebab melainkan sebab nak fitnah mereka jek?
Kalau itu Anwar ataupun Wan Azizah, apakah mereka akan dilayan sedemikian rupa oleh media2 yang sama?
Bukan kah ini mengambarkan sesuatu?
Mahathir juga.
Menurut laporan Awani meminta agar ;
- Semua pihak menyokong perlantikan menteri besar yang baru
- Jangan sibuk buat usul undi tak percaya
- Krisis kepimpinan di Selangor hanya rugikan rakyat Selangor
- Sampai bila nak biarkan ia berlarutan, maka terima saja walaupun sesiapa pun MB baru
Bukan kah ini mengambarkan bahawa MAHATHIR bukan saja MEMUJI bahkan MENYOKONG pula perlantikan Azmin sebagai MB Selangor yang baru?
Musuh kalau memuji kena ingat amanah tuan guru Fadzil yang dah meninggal dunia tue. Musuh kalau membela nak kena ingat apa pula ek?
Nampak?
Faham?
Bagaimana penyokong2 PKR akan mem-biawak-kan dan meng-ULAR-kan diri mereka selepas ini sejajar dengan perubahan insiden.
Bukan kepada Azmin Ali yang aku tujukan, tapi kepada puak2 pengikut yang tak berfikir dengan waras dan selalu sangat marahkan aku kerana aku berbeza dari pemikiran politik mereka.
Azmin Ali, aku akan tengok bagaimana dia berperanan selepas ini. Bagi peluang bukan sebab menyokong tapi sebab dah penat bergaduh.
Suka tak suka kita perlu mencapai satu keputusan kan? Jadi, keputusannya ialah terima perlantikan dia dan berperanan sebagai rakyat. Jika dia buat salah, lawan. Jika dia buat betul, sokong.
Tapi. Aku rasa tergigit juga la lidah. Rasa juga dipermainkan. Rasa ralat juga dipergunakan.
PKR ooo PKR. Pengajaran berguna betul pada aku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.