Followers

Wednesday, September 24, 2014

VIDEO - Presiden PKR Yang Berjiwa Besar

Assalam. Alhamdulillah DSWA berjiwa besar. Walaupun beliau terbukti mendapat sokongan majoriti ahli DUN Selangor, walaupun nama beliaulah yg diputuskan oleh PKR dan disokong oleh DAP, walaupun beliau adalah Presiden PKR........

Tetapi kerana pihak istana  memilih Sdr Azmin, maka DSWA memberi laluan kepada Azmin.....walapun keseluruhan pengurusan PKR masih mahu bertahan dengan keputusan, walaupun perjuangan mau merealisasikan pelaksanaan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor boleh diteruskan melalui pelbagai cara...........

Tahniah DSWA.....rupanya Dati Seri memang berjiwa besar. Seorang penyabar dan berlapang dada. Masih bisa senyum walaupun diperlekehkan oleh pihak yang sebelumnya sederap bergerak dalam PR dengan kata-kata bahawa DSWA tidak layak menjadi pemimpin nombor wahid di Selangor.....kata-kata yang sangat mengguris hati....

Datin Seri lebih mengutamakan rakyat. Berjiwa rakyat. Sudah lama rakyat Selangor menunggu dengan penuh debar dan gelisah penyelesaian kemelut penggantian MB. Dan sekarang semuanya sudah selesai.

Dengan pendirian dan keputusan DSWA yang begitu, Sdr Azmin sudah boleh memulai tugas sebagai MB tanpa ada kebimbangan apa-apa lagi.......seharusnya.....!

Tahniah Sdr Azmin.

Kita merancang....Allah yang menentukan ! Itulah hakikatnya.

Nampaknya YAB Azmin memulakan langkah beliau dengan penuh tertip dan berhemah.....dengan menjadi imam solat dan membaca doa.....

Permulaan yang cantik dan indah sekali. Menunaikan "Hablun minalLaah". Insya Allah jika "Hablun minalLaah" dijaga elok, maka "Hablun minannaas" juga akan dapat dijalankan dengan baik.

Menjaga solat adalah salah satu prasyarat untuk menjadi pemimpim Islam. Sehebat mana pun orang itu, sebijak manapun serta seluas manapun pengalamannya, tetapi jika solat tidak diambil berat......seluruh kerja dan usahanya tidak akan mendapat keberkatan Allah. Allah tidak akan bersamanya. Ingatlah Allah akan bersama kita jika  kita sentiasa mengingati Allah dan menjaga "tali" perhubungan denganNya supaya tidak terputus. Tiap kali kita dirikan solat, maknanya kita "online" dengan Allah....bermonolog dan bermunajat kepada Allah.

Kita mendoakan YAB Sdr Azmin beristiqaamah dengan "permulaan" yang baik ini.

Kita juga mendoakan semoga Allah akan memberi bimbingan kepada beliau...utk meneruskan agenda membela rakyat tanpa mengira kaum; meneruskan usaha membangun Selangor. Semoga Allah memberi jalan keluar kpd beliau utk menyelesaikan segala kemelut yang ada dan mungkin ada dalam meniti liku-liku kepimpinan Selangor.

Assalam. Alhamdulillah DSWA berjiwa besar. Walaupun beliau terbukti mendapat sokongan majoriti ahli DUN Selangor, walaupun nama beliaulah yg diputuskan oleh PKR dan disokong oleh DAP, walaupun beliau adalah Presiden PKR........

Tetapi kerana pihak istana memilih Sdr Azmin, maka DSWA memberi laluan kepada Azmin.....walapun keseluruhan pengurusan PKR masih mahu bertahan dengan keputusan, walaupun perjuangan mau merealisasikan pelaksanaan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor boleh diteruskan melalui pelbagai cara.........
.
Tahniah DSWA.....rupanya Dati Seri memang berjiwa besar. Seorang penyabar dan berlapang dada. Masih bisa senyum walaupun diperlekehkan oleh pihak yang sebelumnya sederap bergerak dalam PR dengan kata-kata bahawa DSWA tidak layak menjadi pemimpin nombor wahid di Selangor.....kata-kata yang sangat mengguris hati....

Datin Seri lebih mengutamakan rakyat. Berjiwa rakyat. Sudah lama rakyat Selangor menunggu dengan penuh debar dan gelisah penyelesaian kemelut penggantian MB. Dan sekarang semuanya sudah selesai.

Dengan pendirian dan keputusan DSWA yang begitu, Sdr Azmin sudah boleh memulai tugas sebagai MB tanpa ada kebimbangan apa-apa lagi.......seharusnya.....!

Tahniah Sdr Azmin.

Kita merancang....Allah yang menentukan ! Itulah hakikatnya.

Nampaknya YAB Azmin memulakan langkah beliau dengan penuh tertip dan berhemah.....dengan menjadi imam solat dan membaca doa.....

Permulaan yang cantik dan indah sekali. Menunaikan "Hablun minalLaah". Insya Allah jika "Hablun minalLaah" dijaga elok, maka "Hablun minannaas" juga akan dapat dijalankan dengan baik.

Menjaga solat adalah salah satu prasyarat untuk menjadi pemimpim Islam. Sehebat mana pun orang itu, sebijak manapun serta seluas manapun pengalamannya, tetapi jika solat tidak diambil berat......seluruh kerja dan usahanya tidak akan mendapat keberkatan Allah. Allah tidak akan bersamanya. 

Ingatlah Allah akan bersama kita jika kita sentiasa mengingati Allah dan menjaga "tali" perhubungan denganNya supaya tidak terputus. Tiap kali kita dirikan solat, maknanya kita "online" dengan Allah....bermonolog dan bermunajat kepada Allah.

Kita mendoakan YAB Sdr Azmin beristiqaamah dengan "permulaan" yang baik ini.

Kita juga mendoakan semoga Allah akan memberi bimbingan kepada beliau...utk meneruskan agenda membela rakyat tanpa mengira kaum; meneruskan usaha membangun Selangor. 

Semoga Allah memberi jalan keluar kpd beliau utk menyelesaikan segala kemelut yang ada dan mungkin ada dalam meniti liku-liku kepimpinan Selangor.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.