Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang
tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan
Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.
"Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali
mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul.
Tengok betul-betul.
"Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain.
"Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita,
Tuan Guru Presiden untuk sama-sama buat keputusan penting dalam
mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya tanpa merujuk isu yang terbabit.
"Setuju atau tidak," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden
dan kemudiannya sambil disambut segelintir perwakilan yang melaungkan
"setuju".
Mohd Sany yang juga pengarah pilihan raya Pemuda PAS berkata kepimpinan sayap itu juga tidak mahu kepimpinan PAS membuat keputusan sendiri dalam perkara tertentu.
'Kita nak lawan Umno'
"Kita bukan nak lawan siapa, kita nak lawan Umno dan BN, sebab itu kena jaga diari itu betul-betul," katanya.
Dalam perbahasannya juga beliau membangkitkan pendirian PAS mengenai isu pelantikan MB Selangor jika pihak Istana melantik ADUN PAS menjawat jawatan itu, dan ia adalah kerusi MB.
"Sebab itu hari ini, kita nak penegasan semua yang hadir, menyatakan
jika baginda sultan lantik daripada ADUN PAS, Pemuda ingin sarankan
tolak jawatan MB yang ditawarkan.
"Sebab itu janji kita, janji setia kita dalam Pakatan. Setuju atau
tidak," katanya sambil diiringi laungan 'setuju' perwakilan yang hadir.
Bagaimanapun terdapat suara daripada pemerhati yang melaungkan beliau 'turun' dan mengebunya.
"Itu pendirian Pemuda. Itu janji yang kita sepakati," katanya lagi sebelum mengakhiri perbahasannya. ~malaysiakini
Addin:
Addin setuju dengan ucapan Sdr. Mohd Sany Hamzan dari perwakilan Pemuda PAS Malaysia. Kita manusia berpegang pada janji. Golongan yang 'boo' ucapan Sdr. Sani memangg biadap dan tiada adab.
Di mana tarbiah seperti tamrin, usrah dan ijtimak yang dilalui oleh mereka ini. Inikah hasilnya? Inikah akhlah Islam. Jikalau beginilah caranya lebih baik keluar daripada PAS.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.