Followers

Sunday, September 21, 2014

VIDEO - BARUA



Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang ‘paling membuang masa dalam sejarah terdekat’.

Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP).

“Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC,” kata Wan Saiful di dalam laman Facebooknya.

Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang lebih penting.

“Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

“Setakat ini Hadi merupakan seorang pemimpin yang baik tetapi, sejak beberapa bulan yang lepas, beliau seolah-olah telah mencapai tahap maksima kebolehan beliau. 




“Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius untuk menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang. Gagal. Lemah. Lembik,” katanya.

Beliau berpendapat, untuk melangkah ke hadapan, mereka yang berperangai seperti Hadi dan penyokongnya perlu ditukar dengan mereka yang lebih berwawasan dan lebih faham gaya politik zaman moden.

“Seperti yang saya pernah katakan sejak 2011 lagi, Hadi seharusnya tidak mempertahankan lagi jawatannya dan harus megumumkan yang beliau tidak akan bertanding dari sekarang lagi, supaya PAS boleh bersedia untuk peralihan kuasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.