Followers

Sunday, September 28, 2014

Untuk Berkuasa, Hati Rakyat Harus Dijaga - Bukan Dicerca !


Seperti dikatakan anak kepada Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh di Facebook hari ini.

“PAS tak akan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas.

“Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke-5, kalau pun tidak yang ke-7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.”


NIK Abduh.....

Islam pernah memerintah sehingga ke Eropah...Sepanyol/ Andalus atau Andalusia. Dan pada masa itu org2 Eropah masih dalam "kegelapan". Ramai org Eropah berebut masuk belajar di Universiti Islam Qordoba, Andalus.

Tetapi, kerana faktor pemerintagan Islam sendiri yg kucar-kacir, Kerajaan Islam Andalusia dpt dikalahkan oleh tentera Kristian.

Begitu juga yg terjadi dgn Kerajaan Islam Melayu Melaka, Aceh dan dll.

Bukan salah Islam. Tapi salah orangnya. Para pemimpin dan pembesar kehilangan pedoman....berebut kuasa dan harta serta mementingkan habuan dunia.

Memang Islam itu agama Allah....oleh itu Allah yg pelihara....tetapi pemimpin Islam yg tidak memimpin berdasarkan kehendak Allah dan contoh Rasulullah tidak mendapat keberkatan Allah. 

Lebih2 lagi kalau ada unsur angkuh dan sombong, tidak menepati janji, berckp berbolak-balik.
Lihatlah apakah yg belaku kpd tentera Islam dlm Peperangan Hunain.

Tentera Islam dikalahkan kerana tentera Islam dah mula naik sombong dan memesar diri disebbkan bilangan tentera Islam masa dah ramai....dah over confident!....nah....

Allah tunjukkan dgn cepat....uji dan balas..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.