Followers

Monday, September 8, 2014

UMNO Takut Sangat Dengan Anwar - Kenapa ?

Kerajaan Umno/BN sedar bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berupaya untuk menjatuhkan kerajaan Umno/BN pada PRU14. Oleh sebab itu, Anwar tidak boleh diberi peluang untuk bangkit semula.

Itulah sebab mengapa terdapatnya banyak usaha gigih dan bersepadu oleh media massa, polis, badan kehakiman yang dikawal kerajaan dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain untuk memfitnah dan mendiamkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya serta ahli-ahli politik pembangkang yang lain, melalui proses undang-undang yang tidak wajar dengan melakukan pendakwaan liwat, hasutan untuk mengekalkan rejim minoriti yang dikuasai mereka, dan bukannya melibatkan dan 'menangkis' pembangkang dan pendapat orang ramai dengan bijak dan secara terbuka dengan cara yang adil, wajar dan telus.

Rakyat Malaysia dan NGO perlu memaklumkan dan mendidik rakyat bahawa keadilan terpilih kerajaan sedia ada bukannya keadilan sebenar dan perlu bangkit untuk membantah penganiayaan politik dan sivil ini, yang dijalankan tanpa mengikut proses undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.